Saturday, December 25, 2010

Paris Hilton? & Me ^_^

owh.. it's been a while since my last post.
i'm so damn busy right now.
my big big major giant exam is coming sooon.
just a few months more. in about 3 months~ 
to face it or not to face it? no choice.i just need to pass my final MBBS with flying colour
gosh~ now i feel da burden they've been talking about..ops..bebel pulak ..
erk~ ape yg gemuk ni..haha
(ini gune effect -fish eye)

actually~ this post i just meant to say thanks to Safwan.
sebab dia belanja saya perfume paris hilton.haha.nothing else to do with her.
tapi perfume 'Heiress' by Paris Hilton ni wangi sangat. macam bublegum. so siapa yang suka bublegum boleh la pakai dia. sweet!! cuma bau dia tak last long..(my opinion) ..
bubblegum..eyh heiress la~ TQ!!


actually, im looking for guess perfume yang bottle pink n silver tu.but masa pergi cari kat mid valley tu dah habis. so promoter tu introduce perfume baru dari Guess. Bau dia strong. saya tak berapa suka. Dkny pun ada offer hari tu (kebetulan JCARD day at MID Valley) tapi pun tak suka bau dia.
haha..ini pendapat saya je. Orang kan ada pendapat yang berbeza2..

ok~ daa..
nanti nak cerita tentang 01.01.11
jeng..jeng

hm.. selamat hari natal jugak!! 25/12/2010

Monday, November 22, 2010

Lets talk about Dinner & Dress part 1

mari mengira hari..119days before my final exam and 96 days before my study week.
OMG..bukannya jauh pun lagi.pejam celik tambah tolak bahagi darab ngan masa tidur makan dan berhibur, dah jadi 19 hari.. haha~ kiraan yang kurang logik. tapi macam tu la lebih kurang.So,motivasi kepada diri sendiri.."study Smart!! Dont Malas2..aiyak~" 
bagaimanakah menanam sifat rajin itu dalam diri ku? isk..semua doakan say supaya "LULUS CEMERLANG DALAM EXAM MBBS SAYA NEXT YEAR TAU.."bila sebut next year macam jauh je lagi kan.padahal lagi 4 bulan kot.. Owh.makin tua la saya.tapi tak kisah la,masih mahu anggap diri sendiri muda remaja.cewah~

Dinner? ha.. every year kat UM ni mesti ader annual dinner..so last year dah pakai "Hot Pink"
huu~ this year tak tahu nak pakai ape..
saja nak buat entry pasal dinner n Dress.. alang2 menyibuk kat website lain tengok2 dress yang cantik,boleh jugak kongsikan..nway..sape2 ader idea lagi sy suka!!.. ^_^

ini Dinner 2010 ^_^

fwens..^_^


ok.. dh la~ ^_^

Sunday, November 21, 2010

Red Velvet Cupcake & Resepi

menarik tak nama dia?? mestila.. kena tengok cake nye jugak.. ^_^
tadaa~
cukup merah x?
introducing RED VELVET CUPCAKE..
owh~ aku pun 1st time dengar jugak.. akak yang bagi tadi, dia kata bile search kat internet ,banyak yang cakap cake ni awesome gile..sedap gila jugak.owh~ jadi aku pun tak sabar nak makan.. ^_^
merah cake ni kalah mak ngah..
ngap..ngap..
ini isi dia.. merah macam tembikai..
kalau nak tahu.. cake ni boleh jadi merah camni kalau guna light choco yang di campurkan ngan buttermilk.kononnyer acid pada butter akan menukarkan colour choco supaya jadi red..wow.menarik? nak tahu banyak lagi? jom g blog ni 

ok~ so cuba la sendiri. kat link tu ader recipe sekali.kalau korang nak lagi banyak option.
tengok kat link sini pulak
pic credit to joybaking.com

ha.saja nak letak gambar bagi korang lagi rasa mahu makan.haha~ ^_^

okie dokie..
selamat mencuba recipe ini..

nway, kalau malas..erk..bukan2.. kalau busy sgt or xcukup masa nak buat cupcake ni,boleh jugak g beli.akak saya belikan dari Jaya One Petaling Jaya yang dekat seksyen 14 tu.. kedai nama ape?
aik..alamak tak ingat la pulak. cari sendiri la. ngee~

Hye Buddies~ Nak Sample Free??

bercakap mengenai free..semua mesti bulat bata nak baca ape yang free.. kalau yang dah sepet mcm aku ni tak yah la nak bulatkan jugak ye.. haha~

ok..just a simple post nak kongsi ngan korang tentang fibre yang aku pun belom cuba.tengah tunggu dia sampai kat rumah ni.hehe~

ini dia

more info? tgk kat cni ye..
hee ^_^

Monday, November 15, 2010

Hari yang tak cukup baik.What a bad day~

al  kisah bermula dengan bangun lambat..isk~
baju untuk ke kelas belum iron.owh apakah? so memandangkan hari ini xada teaching kat ward so just fikir nak pakai baju yang dah iron je dalam almari tu.baju yang selalu pakai g jejalan tu. nak kata formal tak la sangat tapi aku tgk doctor lain pun pakai je. tak ada la semua org pakai kemeja and baju kurung je pun kan. ok..
so sebab dah lambat aku pun pakai je la..
sampai2 kat ward ikot round pagi macam biasa. hm..tiba2 ader number pejabat call handphone ku.. ingatkan org alarm rumah abah yang selalu inform aku bila alarm umah abah berbunyi.. aku pun xtau la ape significant di situ..
so.. aku angkat je.. nasib baik perasan. then rupanya org dari pejabat kementerian call.. dia bagitau sijil SPM yang kawan aku serahkan kat diorg dah tercicir .. teknikal error.. cis.. so aku kena hantar kan faks plak.. mana nak cari mesin faks.. wha~..xpe la.. so aku pun sabar lagi n ikot round macam biasa...ini kisah malang 1..


ok then ada plak class dermatology. oh aku sudah ngantuk sebelum class start pun.pastu rajin pulak g duduk seat depan sekali.haha.ingat teror la konon...haha.. sebenarnya lecturer tu yang suruh alih2 kerusi sampai row aku duduk tu jadi depan sekali.aiyak~.kalu tak jangan haraplah nak dok depan.kalau dah hafal kamus medical ke boleh jugak dok depan. dah katam medical oxford ke boleh jugak. lepas dia explain2 dia pun tnya la soalan. tiba2 semasa aku khusyuk..erk ..mengelamun.. tiba2 dia panggil namaku..'nadia'.owh my god... dalam hatiku .."ape2 soalan dia"..dia pun ulang balik soalan macam tahu2 je aku ngah cakap dalam hati.. pastu aku pun jawab ngan confident nyer ..sebab dia baru ajar tadi. dah disebabkan kengatukkan aku pun rasa betul dah aku jawab ni. sekali rupenye aku tersilap sebut term "macule" padahal aku sepatutnye sebut "papule"..macule tu untuk discolouration of skin.. papule tu kalau ader rise surface.. isk.. otak aku dok bayangkan papule tp mulut sebut macule.. How can??.. isk .... bila dia kata.. kan tadi sy baru bgtau.. aku pun baru tersedar.. aih~ tersasul la.. isk..-__-..kisah malang 2..

so.. pas class aku pun balik la ..jadi aku kena tunggu lift bersama-sama budak class yang tak mahu ke ward. ader kawan-kawan yang dah pergi ward jugak. so, nak dijadikan kisah malang ke-3.. aku pun sembang2 la ngan kwn2 ku. n rupanye aku sorg je melayu kat situ. xjadi masalah pun sbb kan semangat satu malaysia.. ceewah~ tapi.. malang datang bila dtg seseorng yang sudah aku tahu kegarangannye.. tapi sbb serius hari ni aku blur.. so aku pun masih tercegat disitu.. mula2 org itu xnampak aku lagi... then bila dia nampak..maka adalah modal dia untuk fire aku.. 'kenapa pakai seluar cmtu pergi ward.. "n kebetulan kasut aku ader stud.. ntah2 dia aim kasut aku skali.isk.. aku pakai kasut pun dah ckup baik tau dari org lain yang pakai selipar..isk.~ then.. aku senyap sambil telan air liur.. stare blankly at her.. kawan2 aku pun senyap je.. argh~ malu gile.. cis.. masalah dia sebab aku pakai seluar yang macam khaki warna brownish tapi ala-ala jeans.tapi bukan la jeans yang biru tu.. aku pun dulu tak tahu suar ni adik beradik jeans..wha.. benci.. bercerita tentang melayu tadi.. sebab dia expect semua org melayu pakai bju kurung.. selama ni aku pakai baju kurung hari-hari kot.. argh~hari ni je sbb lmbat td....sob..sob... then lift pun sampai.. kawan-kawan aku pun penuh2 naik lift.. aku xmau naik..haha..protes~so  tunggu lift lain.. nyampah.. hari2 aku pakai bju kurung dia xnampak pulak.. argh~ malang 3.. cdey~ xpela.. ini semua dugaan Allah.. moga aku lebih tabah.. sabar ye hati.. -__-..

kena nyanyi lagu 'BAD DAY" kuat2 aa pasni..

nasib baik pergi pejabat kolej tadi , akak tu baik n tolong aku faks  tanpa bayaran,, TQ!! satu perkara bertuah.. isk.. separa sedih... ^_^

Sunday, November 14, 2010

Mari Ganti Purse Erin Contest.

ini contest bru from my friend y juga blogger.. ^_^
meh tgk ape cerita nye?

owh.. nak maklumat lanjut sila ke blog dia ni.. meh2.. 

 ..ini banneryer.. comel kan pink..
ok.. erin.. ini pilihan saya

Purse A : ly Pink BURBERRY Purse
details
here
nape u shud buy this?
owh sbb bila 1st time tgk je sy dah suka kat this one.
nampak suweet sgt n simple..sesuai utk u.. hehe~
lagipun warna dia cangtik..~ n corak dia simple..
so.. i prefer this one.. hope u like this too~

ok2..
ini syarat2: n my checklist.. ^_^
1. Jadi follower Ceritera Erin dan Closets of AmyAmy. letakkan kedua2nya ini di bloglist anda. (wajib yer)

2. Buat sticky entry smpi 20 Nov, bertajuk Mari Ganti Purse Erin Contest.

3. ltak banner di bawah ini di entry dan sidebar blog anda.wajib di linkkan kepada entry ini. if not, disqualified! size adalah mengikut sesuka hati anda.oh yea, anda juge perlu letakkan nama Ceritera Erin, dlm entry anda dan linkkan ke entry ini


4. Nyatakan yg mane satu pilihan anda beserta gmbr pilihan anda (beserta link ke entrynye). Beritahu nape i shud buy that purse. (sila tgk details supaya dpt bg jwpn terbaik)

5. Tag rakan2 blogger anda (sekurang2nye 3) dan pastikan dorg tau dorg kne tag eh?

beba
nurul
tia

6. nyatakan nama, email, id follower dan entry link di ruangan komen ini SAHAJA.

Tuesday, November 9, 2010

AGNES MONICA TERUSKANLAH.. Ciri ciri lelaki idaman?

a

alangkah indah kalau semua yg terjadi dalam hidup kita ni macam fairy tales kan.. ^_^
xseronok betol bila sedih2 ni.. isk. tapi lagu ni sedap.. 
kita selalu terlupa dengan apa yang ada kat depan mata kita. xpernah nak hargaikan.
tapi bila dah hilang baru aa gabra gigit jari. nak cari yang sama tak jumpa dah.
isk. nak teruskan ke? boleh ke bertahan hidup macam ni.
susah betul.. rasa nak lari jauh2 kalau ader masalah time2 begini..

tak suka!! 


owh..maaf emo pulak dah..actually masa ngah jalan atau nama lainnya ngah blog walking.
tiba2 terjumpa artikel best untuk kongsi bersama dengan kaum-kaum hawa yang cute miut diluar sana..untuk kaum adam juga bacalah untuk peringtan.. korang ni memang nak kena bagi ceramah sikit.. insaf la kot 2-3 jam.kan?


ciri-ciri lelaki  sebagai teman hidup??.
 nukilan liza razak..
ciri-ciri lelaki yang tak best saja untuk kita pilih dan jadikan sebagai teman hidup. Sesekali kena tukar gender untuk dijadikan bahan kutukan. muahahaha.
Selalu sangat saya dengar orang cakap tentang ciri-ciri buruk wanita. Konon yang kuat membebel, kuat bershopping, tak tahu masak, pemalas, materialistik and banyak lagi woo.
So, rasanya kali ni..saya dalam mood nak bikin lelaki panas pulak. kehkehkeh. Boleh naa?? :P
Kalau nak senaraikan semua, im sure banyak ni nak wat kutukan baja hitam. muahahaha.Tapi, tak apalah. Saya kutuk 4  point aja kali ni. Maybe, kalau ada yang nak tambah. Silakan. No problem. hehehehe
Ciri-ciri lelaki hawau:-


1- Kaki perempuan
Pergh. Saya pantang gila kalau ada geng lelaki yang perangai dia kumpul list awek. (sgt setuju!!) Kalau hari ni nama awek dia Ayam, selang 4 hari dah tukar nama jadi Ayamas pulak. Even, nama nak sama tapi Ayam dan Ayamas bukanlah orang yang sama. (teruk sgt kan.. ingat mcam tukar selipar jepun agaknye..eyh bukan.. ingat bagus sgt!)
Bila orang tanya, mana Ayam? Dia akan jawab dengan slumber “Ayam tu tak boleh pakai. Servis tak bagus.” (laki cmni wajib kena humban dlm perigi.. )
Oh, dasar lelaki. Ingat perempuan ni hidup untuk melayan nafsu kuda kamu aje naa??? (STUJU SGT!!)

2- Kaki kelentong
Hahahahaha. Kalau hal yang ini, jangan terkejut mak nenek naa. Ada aja teman wanita yang tak perasan pun perangai boyfie/suami dia camni. (isk.. hampir semua kot cmni.. benci).Ada yang dah kawan sampai bertahun-tahun pun tak tahu woo.
For me, kaum lelaki adalah kaum yang paling teror bab kelentong. Kalau perempuan ni, kelentot dia terhad sikit. Macam saya, khusus untuk kelentong lecturer lah biasanya. muahahaha.
Tetapi, kalau lelaki ni…kelentong dia pelik sikit. Kalau bukan lelaki ni bukan jenis hawau sekalipun, dia tetap kelentong jugak tapi limited edition sikitlah.hahahaha. Cuma, kalau dah nak pi jumpa kawan nak tengok bola pun kelentong cakap nak pi surau ada kenduri tahlil..apa kes kan????? Oh, siapa yang terkena itu????????? hahahahaha.. sengal tahap cipanzi betol la diorg ni

3- Kaki cemburu buta
Cemburu dengan cemburu buta lain woo. Kalau cemburu saja, is normal for me. Kan? Kalau cemburu buta ni makan hati woo. Saya, so far tak pernah pulak ada boyfie yang cemburu buta. If tak, sure meroyan siut.(like..like) hahahaha.
Tapi, my friend selalu sangat kenal dengan lelaki yang cemburu buta ni. Sumpah, sadis woo. Biasanya, lelaki yang kuat cemburu buta ni…ada extra perangai tau. Pemarah!! agree or not??? ( kalau dia cemburu tapi dia xbuat perangai xpe lagi.. tapi kalau dia cemburu then dia lak yang gedik sana sini.. isk.. ape case?? )
 
4- Kaki pow duit awek
Ini contoh lelaki yang tak boleh pakai langsung. Bak kata sepupu saya pun, membazir kalau bela lelaki macam ni. Sah-sah tak boleh jadi suami woo. belum kahwin pun, spender nak suruh awek yang belanja. Apa kejadah kan? Kalau pi kedai makan, jangan harap dia nak keluarkan duit. Tapi, ada jugak perempuan bangang!!!!!!! Sayang and cintun konon. Podachi. Baik elakkan lah wei dengan lelaki macam ni. Haiya... isk..kalau dapat awek cm tuh.. bersyukur la sikit lelaki2.. isk..

nukilan..liza razak.. pergi la blog dia best.. ^_^
saya cuma copy paste n mengiakan mana yg cam best je..
so kalau terkena batang idung sape2 tuh sila la insaf2 sikit..
ingat la.. putaran dunia.. korang tahu karma kan? bukan nak suruh percaya karma tapi dalam islam pun ader disebutkan yang Allah itu maha adil.. so ko buat jahat today.. esok ko kena aa.. huhu~ adios amigos

Sunday, November 7, 2010

farewell party to Kak ShasHA~ ^_^


ini farewell party kak shasha.seronok nyer g party ni.haha.
tak la party sangat pun.just makan2 and have fun ngan family2 a.k.a cousin2.
most guest yang datang adalah student UIA Kak Shasha.So, tak pela.Saya dudok lepak ngan my akak je pun most of the time.timing party ni mmg sgt best sebab betul2 after habis xam.. wehoo~ seronok sangat..!!~
Kak shasha nak pergi further study ke Melbourne ..SYok nya duduk oversea.nak jugak~
Dia cousin saya..sebab tu kena hadirkan diri.En.Khairi saya tak nak ikot.dia malu2 kucing.last2 dia yang lapar sorang2..hehe
owh.gambar di atas ni candid ye.macam ngah menampar diri sendiri pun ada.agaknya ada nyamuk kot kat pipi masa tu.mungkin la sebab xsedar pulak.ngee~ cis..


ini kakak n abang ipar saya..ini la satu-satu nya akak saya yang semua org ingat adik saya. 
argh~ adakah bermakna wajahku tidak awet muda? xci..~ nak jugak..
mama kata rahsia awet muda ialah pakai 'ANEW' dari AVON tu..huhu~
seriously berkesan untuk mama.trust me.. ^_^


eyh..saje~ ngee..
sepet girl "bak kata cousin ku" ..'bukak besar sikit mata tu.nampak macam ko ngah tido.haha'
-__-"

ini baby comel~ mari berkenalan ngan baby kepada kak shasha ni.
nama dia sufiyya. dia 4 bulan. dia comel sgt.rambut dia sangat lebat sampai tercacak begitu.
tapi tak apa sebab dia masih comel sangat~


mata bulatnya..nak amek~!! ^_^

ok la.lepak sampai malam.tau la dah habis exam.erk.padahal final xam lagi 4 bulan.
owh cuak sangat.tapi tetap ada unsur-unsur kemalasan.
isk.xboleh jadi ni.
dulu2 lagu 'standing in the eyes of the world' tu lagu utk menaikkan semangat supaya study.
haha.tak tau la kaitan nya. tapi memang begitula.bila pikir balik macam kelakar. tapi tak kisah la.

sampai sini saja.dah kenyang makan ayam BBQ byk gle kat open house tu.siap tapau bawak balik.
kuah satay dia sedap sangat. kalah satay kajang.lupa lak nak tanya tuan rumah beli kat mana satay tu..^_^
err..makan je pandai..hee~
tata..

Saturday, November 6, 2010

ALIYA'S CRAFT GIVEAWAY!! ^_^



dan ini first time ALIYA'S CRAFT buat giveaway....
hadiahnya? owh adorable sangat sebab tu korang kena join giveaway ni.. 
nak tahu hadiah dia?? jeng..jeng.. 2 tote bag untuk 2 org pemenang
(tote beg dia comel..) kalau dapat leh bawa g kelas.. yeay.
hope lucky!!~

owh..maklumat lanjut? ape kata pergi terus ke blog ALIYA'S CRAFT.
good luck ye~




Sunday, October 31, 2010

Giveaway Pink!! ^_^

oh My GUUcii~ pink..
pink.. i like.. hehe~
ops~ wajib join ni

(click for larger image..cewah..)
huhu~ saya nak letak gambar ini sebab saya suka kot.
gambar ni diambil time raya tahun ni.baru je lagi. cukup pink tak gambar ni.
abaikan cousin ku yang berbaju putih dibelakang.
suka gambar ni sebab masa ni candid.mula2 nak buat posing comel la konon. tapi last2 tergelak pulak.
hehe~

ok.. to others yang suka pink.
jom join giveaway ni.
kat sini tau


p/s: dah lama tak join giveaway..huhu.. hope i'm lucky~ 
kwn2 semua.. anda di tag tau!!

Thursday, October 28, 2010

oh my Baby2 boo~ ^_^


ini baby 1..
comel x?? ^_^ baby ni lahir ptg .. msa aku ngah sibuk di kelas.tiba2 dapat satu msg dr number misteri.sebenarnya handphone ku yang hilang almost semua number sejak peristiwa handphone pink rosak. owh handphone pink ku. sekarang dah boleh letak dalam museum.dari message tu dia gtau baby dah nak keluar on that day. cuma ada masalah sikit sebab baby tak leh kuar normal.aku pun belum berkesempatan tanya kenapa.mungkin sebab cephalo-pelvic disproportion (CPD) kot.maksudnye baby tak muat nak lalu keluar macam biasa sebab kepala baby kecik or maybe tulang mummy dia yang kecil.tak pe la.yang penting semua selamat and lahir la baby comel ini. haa.. memandangkan hari tu ader exam hari isnin. tak sempat nak pergi melawat baby ni.. cuma g melawat baby seorang lagi yang kuar hari yang sama. cuma lewat 2 jam je.


ini baby 2.. 
dua-dua pun boy.macam kembar pulak keluar hari yang sama.masa baby ni lahir.mama pun excited and turun KL semata-mata nak tengok baby2 lahir ni..cucu sedara la katakan.comelnye dua-dua pun. geram nak picit pipi.huhu.

baby 1st nama Ahmad Adib Rayyan
baby 2nd name Mohd. Azeem

owh.. Rayyan..panjang nye nama kamu mama  papa kamu bagi. saya lupa nak pesan kat mereka supaya jangan bagi nama panjang2 sebab nanti bila nak isi borang kamu la org yang paling lambat habis.n bila nak buat name tag ,nama kamu paling kecil demi untuk memuatkan nama kamu kat situ. dengarlah nasihat org yang ader nama paling panjang dalam seluruh family kita ni.haha.. ^_^ 

owh.lupa nak gtau.baby2 ni adalah baby cousin ku..
moga diorg sihat2 n comel selalu~ sy tumpang gembira..
semoga ader hari yang lebih gembira bila akak comel ku pulak yang dapat baby.amin.

^_^


Wednesday, October 20, 2010

andai dapat aku undurkan masa, andai bisa aku perbaiki semua masalah hidupku, agar hidup lebih bahagia hingga ke akhirnya

aku berlari..
mengharap langkah kaki ku gagah..
namun aku jatuh tersungkur tika aku belum sempat tiba.

aku berjalan..
meniti jalan yang penuh tanda tanya..
aku terus melangkah,
dengan harapan aku berjaya ke sana.

kini, langkah ku terhenti.
aku keliru, buntu & celaru.
di mana jalan itu?
dimana harapan & impian aku yang dulu?

mengapa masa membenarkan semua berubah?
mengapa aku masih disini mencari-cari jalan yang pasti..
aku hanya mahu harapan itu jadi nyata.
mungkin kah aku tinggalkan semua dan mulakan yang baru.

oh tuhan,bantulah aku.
berikan aku jalan yang terang.
aku insan yang lemah.
tabahkan si hati menghadapi ujian mu ya Allah.
berikan aku kewarasan dalam memilih.
agar itu jalan yang benar tanpa dusta dunia..

andai dapat ku undurkan masa..~

final xam 5 months to go.. end of posting xam 7 days to go.. Wish me All da best..~

i'm walking away, from the troubles in my life..
i'm walking away, to find a better day.
"walking away" by craig david.. lagu lama sgt tp aku suka lagu ni sejak aku dengar akak aku pasang 'kaset' (dulu tak da CD lg) dia suatu masa dahulu. Masa tu akak suka sangat  Craig David jadi dia suka pasang lagu ni. dan sewaktu muda2 dulu pun selalu ader masalah.ntah ape problems pun i tak tau.hehe~ so sebab memang suka lari dari masalah yang tak pernah selesai , jadi lagu ini sangat sesuai menjadi tatapan diriku~ -_-..

chaiyok2 jugak to alls yang dekat2 nak xam..'insyaAllah, one day ,we'll stand in the eyes of the world!!" ^_^ amin~

p/s: apa itu bahagia?? life is not a fairy tale.. tapi alangkah best nyer kalau life memang macam itu kan

Saturday, October 16, 2010

nfahk's GIVEAWAY

STICKY MODE:



ini giveaway .. erin tag sy.. ^_^ jadi sy join la.. tanx erin n thanks to nfahk's sbb buat giveaway ni..
hope i'm lucky..lama jugak tak join giveaway sbb agak bz.. tp sy suka giveaway n contest sbb its actually giving me an 'idea' to make a new post.. hehe~ good luck to me..

ini banner comel!!



 


tagging time: beba.. fariez n nida.. (u alls sy tag tau!! ) ^_^

Checklist! ^_^
(cukup syarat x??hehe)

1. follow my blog-done
2. post any sticky mode entry bertajuk "nfahk's GIVEAWAY" and tag another person. tak kisah berapa ramai.. the more the merrier kan? jangan diam2 plak... let them know yang dorg kena tagged-ok sure
3. dont forget dalam post tu korang kena put a link to my blog-okeh
4. letak banner kat post korang tu and at your sidebar of course..baik boss
5. oh jangan lupa tinggal link post korang kat sini okay... letak je dlm komen kat bawah tuuu
 
end of contest:17 oct 2010.. esok eyh..erk~

Friday, October 15, 2010

Hadiah sudah sampai.. i'm glad they like it~


still remember contest by cantik itu kamu??
well..i posted the prizes a few weeks ago..
i’m glad that the contestent had received their prizes n their happy with it..


this are among the prizes they won... congrats to the winners.. n thanks to others who joined the contest. .keep supporting cantik itu kamu.. Hye,not forget to mention about our new sub-blogshop  “Urban Chica”.. 
we sell apparels now!!.. all are below RM50.. very affordable, i bet u.. ^_^


 i love cardigans.. do u?? hee.. do you know cardigan will never be outdated..??


wanna know more bout urban chica? just browse thru our blog.. not much stuff yet.. but we're progressing towards  developing it to the next level.hehe.insyaAllah.. do support us..
p/s:leh kumpul duit kawen skali ni.. hehe ^_^

Thursday, October 7, 2010

Jangan Menangis~ bertenanglah..

         aku baru balik dari clinic surgery untuk upper gastrointestinal (bahagian mulut ,salur pemakanan sampai perut ye). lepas balik clinic terus g makan.sekarang ni baru lepas makan la.hehe~ tulis blog jap sementara perut masih penuh..
           before tu sementara tunggu prof sign kan log book. aku n member lepak la kejap kat clinic walaupun dah pukul 12 and observed prof tu manage patient yang ramai. then prof cakap dia kena buat surgery sbb sorang patient ni ader liver abscess ( nanah pada hati).liver abscess tu jadi sbb dia ader underlying gallstone .. so patient tu dah takut n mcm refuse. tiba2 dia nanyi..wha..suara dia sedap sgt sbb dia mmg cikgu vokal and dia ajar music. nanyi lagu soprano.. lantang sgt suara dia. semua org kat clinic tu ingat ape la.. rupanya dia nak gtau prof yang dia xnak operation sbb takut nanti otot perut dia tak kuat n dia xleh nyanyi nnt.. haha.. comel la aunty tu.. ^_^
              tp jgn risau nnt lepas diorg remove gallstone tu ok la.Tanpa gallbladder pun boleh survive just kena ubat diet sikit n kurangkan makanan berlemak.
.... part sebenar cerita is.. before tu ader lagi sorg patient.. dia ader ketumbuhan (tumour) di perut (gastrointestinal stroma tumour).dia ingat itu ketumbuhan biasa je.Before dia datang clinic tu dia dah buat surgery untuk keluarkan tumour tu.Size tumour tu sgt besar mcm tembikai.so kali ni dia datang clinic utk follow up.dia ingat tumour tu benign ( bukan cancer) tapi result biopsy (tissue) shows ader malignant changes (cancer)..patient tu sgt terkejot n dia cakap 'i'm shocked' tapi masih mampu tersenyum walaupun mata dia mmg dah bergenang ngan air mata. patient tu dtg dengan suami dia. Umur diorg macam late 40's.Masa prof nak check isteri dia di balik langsir,suami dia tunggu kat luar sambil berdiri. aku pun cakap la 'uncle, duduk la sini'..uncle tu angguk2 je sambil tangan dia mencapai sapu tangan n lap air mata yg jatuh.Dalam hati aku' alamak.. uncle jgn la cdey..~ tp masa tuh aku lak jadi cdey' . Bgus la uncle tuh. dia tahan je nak nangis tp bila wife dia masuk bilik pemeriksaan tuh baru dia nangis.. depan wife dia nampak tenang je. isk aku pun senyap n berlalu lalu ke bilik clinic sebelah n utk bg ruang kat dia..seriusly aku rasa nak nangis jugak.aduh.bahaya btol aku ni..aku tak boleh nangis depan patient walaupun nak tumpang cdey la konon.. toing~ nasib baik bila g bilik sebelah tuh aku dapat tahan emosi ni..hehe~ 
       mama cakap aku nih murah air mata..so aku nak derma la.. siapa nak? huhu~ just kiddin'.. 

moral of da story : bersyukurlah sbb kita masih sihat n dapat bernafas hingga hari ini. n kepada suami2.. jadilah suami yang baik n sentiasa disisi isteri anda hingga ke akhirnya.. (cheewah.. nasihat mcm dah kawen je).. ^_^

okla.. penat ngat eyh.. rest dlu.... hehe~


Wednesday, October 6, 2010

facial treatment free?? siapa nak?? jom.. ^_^

dah lama tak click nuffnang.. semalam nmpk ader advertisment yang mcm menarik so aku click la.. ader facial treatment free utk 100 pengunjung bertuah.. hehe.. ^_^

so cepat la daftar kat sini.. hehe..

sj nak promote sbb tadi org dr creswellness ni call and i boleh g facial free tu nt.. ^_^ hehe
nway berhati2 ngan helah beli membeli seterusnya.. ^_^ but if mmg btol2 satisfy ape salahnyer kan.. huu

Tuesday, October 5, 2010

Decision making n ur Future.. ^_^

 
me 2006 (first year in dissection hall University Of Malaya)

well.. im 23 year old.. ^_^
tua but tak la tua sgt.. muda but tak la muda sgt..
middle age ke? haha.. bukan2.. jangka hayat penduduk malaysia adalah sekitar 60 tahun.. so nnt dah 30 baru kira middle age la kot (ini hypothesis sendiri.. ^_^)

hm~ hari tuh cakap nak cerita bout big decision yang aku kena buat...
so this is it.. n tomorrow is the day..
aku dah final year..
so lagi beberapa bulan (dlm 6 bulan lagi).. dah final xam..
akan grad n jadi house officer..(so kerja dlm rumah je la..hehe)
house officer a.k.a HO a.k.a doc pelatih..
n decision yang susah sgt nak buat tu is which hospital to choose.. sbb ader byk factor yg mempengaruhi keputusan tu.. family..bf..friends..lecturer n future.. ^_^


ok.. finally aku dah nekad utk kerja kat my hometown (sbb tu mmg pilihan most of my friends.. kerja kat hometown masing2) so.. i'll choose 3 hospital kat area utara la jawabnya kan.Memang dari dulu nak pilih hospital kat hometown sbb senang, dekat ngan umah.leh dok ngan mama. hehe.
hm. cuma bila balik hometown mesti jauh ngan mr.khairi (nak panggil gini boleh?? hehe).. pape pun hope keputusan ni yang terbaik. dah lama belajar n asyik dudok di perantauan.meskipun bukan la dudok oversea but still bukan kat umah kan.nanti dah kawen (cheewah.. wink..wink) kena dudok jauh ngan mama jugak.so nak abehkan masa single ni ngan dok kat umah b4 rombongan dr pantai timur datang (eheh.. perasan lagi.. ^_^..) 

macam mana pun hope kamu dpat setiakan hati ye MR.Khairi.. ^_^
"ku kan setiakan hati..saat menanti.. " hee~

ader jugak kawan2 yang nak stay kat ppum sbb if jadi HO kat hospital universtity a.k.a teaching hospital nnt diorg akan dapat mcm priority utk jadi academic staff(lecturer) n ader one program call 'SLAP' ke "SLAT' ntah la.. aku tak sure which ejaan yng betul tp yang pasti program ni utk HO yang lepas kerja 2 tahun terus boleh amek master without kena tggu lagi 3 tahun after MO.. so kira macam fast track la.. but if kerja kat hospital biasa pun boleh jugak masuk program fast track ni if dpat recommendation from ur supervisor..so.. kena la rajin..iklas n tawaduq~ .. ^_^ 

so.. hope i make the right decision .. amin.. ^_^

me 2010 (paeds ward..)
perjalanan hidup i masih panjang.. aku tak tahu apa di depanku n ape yg terbaik utk ku.. jadi aku tak pernah putus asa n sentiasa berdoa agar semua yang berlaku adalah yg terbaik.doa mama juga sentiasa mengiringi langkah hidupku.. thanks mama n abah.. ^_^

Thursday, September 30, 2010

Nuffnang~ n warning-warning nya..

sejak aku berblog.. mmg teruja sgt dengan nuffnang sbb blogger lain jugak byk yang gunakan nufnang..
tapi makin lama aku dah mls nak amek tahu pasal nuffnang aku..
ader skali tuh.. dah smpai RM100 then baru dia cakap aku pernah 'fraud' so tak boleh bagi.. owh~
sbb msa dia email tuh aku x baca pulak.. isk~ tu la..org kata.. malu bertanya sesat jalan..huhu~

so sekarang aku dah tak main click2 nuff.. smpi rsa xnk click langsung. haha~boleh x?
then td dpt mail psal fraud ni lagi.. dia just nak ingatkan nuffnagers kot.. sbb aku mmg dah berabad2 tak click nuff..'maaf ye kwn'.. haha~ mcm jadi phobia pulak.. sejak burn RM100 itu.. hehe..

so..moral of the story is.. 'dont ever click ur own nuff & click only once.. tuh pun kalau korng rasa necessary.. aku tak sure la cm ne bru dia consider korng bkn fraud.. but walaupun korng mmg rasa nak tgk advertisment tuh byk kali pun.. baik jgn click kat situ.. search ke..lg selamat..huhu..
sj nak bg nasihat kat org2 yg bru nak nuff.. 

conclusion: jgn click nuff sendiri.. ok tuh jek.. 

esok nk update pos baru.. ^_^

yeay.. dpt card raya misteri tau..hehe~ nt la cte..nyte2..
ngtk sudah~ oncall today~ ^_^

hm...hope decision yang kena buat utk 'something', hari esok adalah yang terbaik.. amin..~

Wednesday, September 29, 2010

Hadiah tudung kesayangan ku dah dapat!! YEAY


ingat tak contest tudung kesayangan ku by kak yaya??
dah dapat dah tudung tu.. hehe~ sy request warna pink.
jadi dpt la pink.. brand ariani lagi.. hehe~

ader lagi gambar ngan tudung bru.. hehe~
dapat box bear yg cumel lagi.. thanks sis yaya~!!


Tuesday, September 21, 2010

3rd Place annoucement~ ^_^


3rd place..
 
hani~ email me ur details k.. TQ ^_^

p/s: sis lelord automatically jd no.2 tau.. hehe

Saturday, September 18, 2010

the winners ~ again..

its almost a week n i haven't receive any mail from the 2nd place winner..
owh dear.. please email me a.s.a.p.. by the end of this week.. coz if not, i'll consider you as not interested anymore.. huu~ i'll wait until this weekend k..


and to the other 2 winner.. sorry for the delay.. i'll post the prizes next week
and please confirm ur adress... ok semua.. tak nak tersilap hantar.. hehe~

sis el.. nak alamat kajang please..
sis lela.. confirm ye alamat yg sis bagi..
^_^

nway.. selamat hari raya semua!! ^_^


Wednesday, September 8, 2010

Drumrolls~ the winner is~ ^_^

1st place...~
ok.. ini dia.. pemenang~ 

congrats tau..
nnt sila bg email.. icepink87@yahoo.com
emailkan sy adress n details utk nak pos hadiah nnt..
so sbb raya n posmen pun nak cuti..
jadi.. hadiah akan di pos pada raya ke 4 or 5 k.. sowie lmbt.. ^_^

jeng..jeng..
|
|
haha..
sj wat suspen..
ni la..
1st place dia..
^_^|

eliz@
2nd place

3rd place



ok.. ader satu lagi hadiah yg akan kitorg bg..
iaitu pemenang bertuah yg akan di tentukan oleh random.org n akan diumukan kemudian.. jadi jgn la cdey2 k.. moga2 kamu yg bertuah!!

Pengumuman.. ~ Finalist Contest Cantik Itu Kamu..~

ini... top 10 tau..
thanks semua yg join.. sorry lmbt bg result sbb bz sikit..
juri dia ni beberapa org termasuk adik & sarah.. ^_^

biasa lah adat pertandingan.. ada yg menang n ader yg tak berjaya..
to yg berjaya tu.. congrats ye..
yang lain cuba lagi ye.. 
thanks sgt!! selamat berpuasa n selamat hari raya..




14.eliz@
 

24.nfahk
  

27.Diane
 
Related Posts with Thumbnails