Monday, March 22, 2010

booty~ licious


Menyingkap Rahsia Punggung~
Credit to: Bicara Sentuhan Cinta

ops.. jgn salah anggap..ini bukan entry ngarot ye..

ahaha~ aku tertarik ngan post nih..
actually ini di ambil dari blog 'bicara Sentuhan Cinta'
aku tak kenal owner dier.. tapi tertarik ngan entry nih.. so aku bercadang nak kongsi ngan kamu2 semua..
so.. nak baca banyak lagi 'rahsia2'??
g la melawat dier..** wink**

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda?? Emmm...sy tak pasti sy punya mn satu..hehe2.

Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang ini tidak terlalu besar,tidak terlalu kecil, tidak terlalu bulat dan tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.


Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ˜no problem". Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

Rata
Punggungnya rata atau hampir sama rata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

3 comments:

K.Safwan said...

haha.. ape da kamu nih.. wuwuu~ lawak.. wuwuu~

baina said...

ahah~ biar la.. sj jek..menarik la.. sila pilih kamu yg mana.. ahaha~

rossoneri said...

hahahahah tiba2 rasa kelakar lak baca entry nih

Related Posts with Thumbnails