Monday, November 22, 2010

Lets talk about Dinner & Dress part 1

mari mengira hari..119days before my final exam and 96 days before my study week.
OMG..bukannya jauh pun lagi.pejam celik tambah tolak bahagi darab ngan masa tidur makan dan berhibur, dah jadi 19 hari.. haha~ kiraan yang kurang logik. tapi macam tu la lebih kurang.So,motivasi kepada diri sendiri.."study Smart!! Dont Malas2..aiyak~" 
bagaimanakah menanam sifat rajin itu dalam diri ku? isk..semua doakan say supaya "LULUS CEMERLANG DALAM EXAM MBBS SAYA NEXT YEAR TAU.."bila sebut next year macam jauh je lagi kan.padahal lagi 4 bulan kot.. Owh.makin tua la saya.tapi tak kisah la,masih mahu anggap diri sendiri muda remaja.cewah~

Dinner? ha.. every year kat UM ni mesti ader annual dinner..so last year dah pakai "Hot Pink"
huu~ this year tak tahu nak pakai ape..
saja nak buat entry pasal dinner n Dress.. alang2 menyibuk kat website lain tengok2 dress yang cantik,boleh jugak kongsikan..nway..sape2 ader idea lagi sy suka!!.. ^_^

ini Dinner 2010 ^_^

fwens..^_^


ok.. dh la~ ^_^

Sunday, November 21, 2010

Red Velvet Cupcake & Resepi

menarik tak nama dia?? mestila.. kena tengok cake nye jugak.. ^_^
tadaa~
cukup merah x?
introducing RED VELVET CUPCAKE..
owh~ aku pun 1st time dengar jugak.. akak yang bagi tadi, dia kata bile search kat internet ,banyak yang cakap cake ni awesome gile..sedap gila jugak.owh~ jadi aku pun tak sabar nak makan.. ^_^
merah cake ni kalah mak ngah..
ngap..ngap..
ini isi dia.. merah macam tembikai..
kalau nak tahu.. cake ni boleh jadi merah camni kalau guna light choco yang di campurkan ngan buttermilk.kononnyer acid pada butter akan menukarkan colour choco supaya jadi red..wow.menarik? nak tahu banyak lagi? jom g blog ni 

ok~ so cuba la sendiri. kat link tu ader recipe sekali.kalau korang nak lagi banyak option.
tengok kat link sini pulak
pic credit to joybaking.com

ha.saja nak letak gambar bagi korang lagi rasa mahu makan.haha~ ^_^

okie dokie..
selamat mencuba recipe ini..

nway, kalau malas..erk..bukan2.. kalau busy sgt or xcukup masa nak buat cupcake ni,boleh jugak g beli.akak saya belikan dari Jaya One Petaling Jaya yang dekat seksyen 14 tu.. kedai nama ape?
aik..alamak tak ingat la pulak. cari sendiri la. ngee~

Hye Buddies~ Nak Sample Free??

bercakap mengenai free..semua mesti bulat bata nak baca ape yang free.. kalau yang dah sepet mcm aku ni tak yah la nak bulatkan jugak ye.. haha~

ok..just a simple post nak kongsi ngan korang tentang fibre yang aku pun belom cuba.tengah tunggu dia sampai kat rumah ni.hehe~

ini dia

more info? tgk kat cni ye..
hee ^_^

Monday, November 15, 2010

Hari yang tak cukup baik.What a bad day~

al  kisah bermula dengan bangun lambat..isk~
baju untuk ke kelas belum iron.owh apakah? so memandangkan hari ini xada teaching kat ward so just fikir nak pakai baju yang dah iron je dalam almari tu.baju yang selalu pakai g jejalan tu. nak kata formal tak la sangat tapi aku tgk doctor lain pun pakai je. tak ada la semua org pakai kemeja and baju kurung je pun kan. ok..
so sebab dah lambat aku pun pakai je la..
sampai2 kat ward ikot round pagi macam biasa. hm..tiba2 ader number pejabat call handphone ku.. ingatkan org alarm rumah abah yang selalu inform aku bila alarm umah abah berbunyi.. aku pun xtau la ape significant di situ..
so.. aku angkat je.. nasib baik perasan. then rupanya org dari pejabat kementerian call.. dia bagitau sijil SPM yang kawan aku serahkan kat diorg dah tercicir .. teknikal error.. cis.. so aku kena hantar kan faks plak.. mana nak cari mesin faks.. wha~..xpe la.. so aku pun sabar lagi n ikot round macam biasa...ini kisah malang 1..


ok then ada plak class dermatology. oh aku sudah ngantuk sebelum class start pun.pastu rajin pulak g duduk seat depan sekali.haha.ingat teror la konon...haha.. sebenarnya lecturer tu yang suruh alih2 kerusi sampai row aku duduk tu jadi depan sekali.aiyak~.kalu tak jangan haraplah nak dok depan.kalau dah hafal kamus medical ke boleh jugak dok depan. dah katam medical oxford ke boleh jugak. lepas dia explain2 dia pun tnya la soalan. tiba2 semasa aku khusyuk..erk ..mengelamun.. tiba2 dia panggil namaku..'nadia'.owh my god... dalam hatiku .."ape2 soalan dia"..dia pun ulang balik soalan macam tahu2 je aku ngah cakap dalam hati.. pastu aku pun jawab ngan confident nyer ..sebab dia baru ajar tadi. dah disebabkan kengatukkan aku pun rasa betul dah aku jawab ni. sekali rupenye aku tersilap sebut term "macule" padahal aku sepatutnye sebut "papule"..macule tu untuk discolouration of skin.. papule tu kalau ader rise surface.. isk.. otak aku dok bayangkan papule tp mulut sebut macule.. How can??.. isk .... bila dia kata.. kan tadi sy baru bgtau.. aku pun baru tersedar.. aih~ tersasul la.. isk..-__-..kisah malang 2..

so.. pas class aku pun balik la ..jadi aku kena tunggu lift bersama-sama budak class yang tak mahu ke ward. ader kawan-kawan yang dah pergi ward jugak. so, nak dijadikan kisah malang ke-3.. aku pun sembang2 la ngan kwn2 ku. n rupanye aku sorg je melayu kat situ. xjadi masalah pun sbb kan semangat satu malaysia.. ceewah~ tapi.. malang datang bila dtg seseorng yang sudah aku tahu kegarangannye.. tapi sbb serius hari ni aku blur.. so aku pun masih tercegat disitu.. mula2 org itu xnampak aku lagi... then bila dia nampak..maka adalah modal dia untuk fire aku.. 'kenapa pakai seluar cmtu pergi ward.. "n kebetulan kasut aku ader stud.. ntah2 dia aim kasut aku skali.isk.. aku pakai kasut pun dah ckup baik tau dari org lain yang pakai selipar..isk.~ then.. aku senyap sambil telan air liur.. stare blankly at her.. kawan2 aku pun senyap je.. argh~ malu gile.. cis.. masalah dia sebab aku pakai seluar yang macam khaki warna brownish tapi ala-ala jeans.tapi bukan la jeans yang biru tu.. aku pun dulu tak tahu suar ni adik beradik jeans..wha.. benci.. bercerita tentang melayu tadi.. sebab dia expect semua org melayu pakai bju kurung.. selama ni aku pakai baju kurung hari-hari kot.. argh~hari ni je sbb lmbat td....sob..sob... then lift pun sampai.. kawan-kawan aku pun penuh2 naik lift.. aku xmau naik..haha..protes~so  tunggu lift lain.. nyampah.. hari2 aku pakai bju kurung dia xnampak pulak.. argh~ malang 3.. cdey~ xpela.. ini semua dugaan Allah.. moga aku lebih tabah.. sabar ye hati.. -__-..

kena nyanyi lagu 'BAD DAY" kuat2 aa pasni..

nasib baik pergi pejabat kolej tadi , akak tu baik n tolong aku faks  tanpa bayaran,, TQ!! satu perkara bertuah.. isk.. separa sedih... ^_^

Sunday, November 14, 2010

Mari Ganti Purse Erin Contest.

ini contest bru from my friend y juga blogger.. ^_^
meh tgk ape cerita nye?

owh.. nak maklumat lanjut sila ke blog dia ni.. meh2.. 

 ..ini banneryer.. comel kan pink..
ok.. erin.. ini pilihan saya

Purse A : ly Pink BURBERRY Purse
details
here
nape u shud buy this?
owh sbb bila 1st time tgk je sy dah suka kat this one.
nampak suweet sgt n simple..sesuai utk u.. hehe~
lagipun warna dia cangtik..~ n corak dia simple..
so.. i prefer this one.. hope u like this too~

ok2..
ini syarat2: n my checklist.. ^_^
1. Jadi follower Ceritera Erin dan Closets of AmyAmy. letakkan kedua2nya ini di bloglist anda. (wajib yer)

2. Buat sticky entry smpi 20 Nov, bertajuk Mari Ganti Purse Erin Contest.

3. ltak banner di bawah ini di entry dan sidebar blog anda.wajib di linkkan kepada entry ini. if not, disqualified! size adalah mengikut sesuka hati anda.oh yea, anda juge perlu letakkan nama Ceritera Erin, dlm entry anda dan linkkan ke entry ini


4. Nyatakan yg mane satu pilihan anda beserta gmbr pilihan anda (beserta link ke entrynye). Beritahu nape i shud buy that purse. (sila tgk details supaya dpt bg jwpn terbaik)

5. Tag rakan2 blogger anda (sekurang2nye 3) dan pastikan dorg tau dorg kne tag eh?

beba
nurul
tia

6. nyatakan nama, email, id follower dan entry link di ruangan komen ini SAHAJA.

Tuesday, November 9, 2010

AGNES MONICA TERUSKANLAH.. Ciri ciri lelaki idaman?

a

alangkah indah kalau semua yg terjadi dalam hidup kita ni macam fairy tales kan.. ^_^
xseronok betol bila sedih2 ni.. isk. tapi lagu ni sedap.. 
kita selalu terlupa dengan apa yang ada kat depan mata kita. xpernah nak hargaikan.
tapi bila dah hilang baru aa gabra gigit jari. nak cari yang sama tak jumpa dah.
isk. nak teruskan ke? boleh ke bertahan hidup macam ni.
susah betul.. rasa nak lari jauh2 kalau ader masalah time2 begini..

tak suka!! 


owh..maaf emo pulak dah..actually masa ngah jalan atau nama lainnya ngah blog walking.
tiba2 terjumpa artikel best untuk kongsi bersama dengan kaum-kaum hawa yang cute miut diluar sana..untuk kaum adam juga bacalah untuk peringtan.. korang ni memang nak kena bagi ceramah sikit.. insaf la kot 2-3 jam.kan?


ciri-ciri lelaki  sebagai teman hidup??.
 nukilan liza razak..
ciri-ciri lelaki yang tak best saja untuk kita pilih dan jadikan sebagai teman hidup. Sesekali kena tukar gender untuk dijadikan bahan kutukan. muahahaha.
Selalu sangat saya dengar orang cakap tentang ciri-ciri buruk wanita. Konon yang kuat membebel, kuat bershopping, tak tahu masak, pemalas, materialistik and banyak lagi woo.
So, rasanya kali ni..saya dalam mood nak bikin lelaki panas pulak. kehkehkeh. Boleh naa?? :P
Kalau nak senaraikan semua, im sure banyak ni nak wat kutukan baja hitam. muahahaha.Tapi, tak apalah. Saya kutuk 4  point aja kali ni. Maybe, kalau ada yang nak tambah. Silakan. No problem. hehehehe
Ciri-ciri lelaki hawau:-


1- Kaki perempuan
Pergh. Saya pantang gila kalau ada geng lelaki yang perangai dia kumpul list awek. (sgt setuju!!) Kalau hari ni nama awek dia Ayam, selang 4 hari dah tukar nama jadi Ayamas pulak. Even, nama nak sama tapi Ayam dan Ayamas bukanlah orang yang sama. (teruk sgt kan.. ingat mcam tukar selipar jepun agaknye..eyh bukan.. ingat bagus sgt!)
Bila orang tanya, mana Ayam? Dia akan jawab dengan slumber “Ayam tu tak boleh pakai. Servis tak bagus.” (laki cmni wajib kena humban dlm perigi.. )
Oh, dasar lelaki. Ingat perempuan ni hidup untuk melayan nafsu kuda kamu aje naa??? (STUJU SGT!!)

2- Kaki kelentong
Hahahahaha. Kalau hal yang ini, jangan terkejut mak nenek naa. Ada aja teman wanita yang tak perasan pun perangai boyfie/suami dia camni. (isk.. hampir semua kot cmni.. benci).Ada yang dah kawan sampai bertahun-tahun pun tak tahu woo.
For me, kaum lelaki adalah kaum yang paling teror bab kelentong. Kalau perempuan ni, kelentot dia terhad sikit. Macam saya, khusus untuk kelentong lecturer lah biasanya. muahahaha.
Tetapi, kalau lelaki ni…kelentong dia pelik sikit. Kalau bukan lelaki ni bukan jenis hawau sekalipun, dia tetap kelentong jugak tapi limited edition sikitlah.hahahaha. Cuma, kalau dah nak pi jumpa kawan nak tengok bola pun kelentong cakap nak pi surau ada kenduri tahlil..apa kes kan????? Oh, siapa yang terkena itu????????? hahahahaha.. sengal tahap cipanzi betol la diorg ni

3- Kaki cemburu buta
Cemburu dengan cemburu buta lain woo. Kalau cemburu saja, is normal for me. Kan? Kalau cemburu buta ni makan hati woo. Saya, so far tak pernah pulak ada boyfie yang cemburu buta. If tak, sure meroyan siut.(like..like) hahahaha.
Tapi, my friend selalu sangat kenal dengan lelaki yang cemburu buta ni. Sumpah, sadis woo. Biasanya, lelaki yang kuat cemburu buta ni…ada extra perangai tau. Pemarah!! agree or not??? ( kalau dia cemburu tapi dia xbuat perangai xpe lagi.. tapi kalau dia cemburu then dia lak yang gedik sana sini.. isk.. ape case?? )
 
4- Kaki pow duit awek
Ini contoh lelaki yang tak boleh pakai langsung. Bak kata sepupu saya pun, membazir kalau bela lelaki macam ni. Sah-sah tak boleh jadi suami woo. belum kahwin pun, spender nak suruh awek yang belanja. Apa kejadah kan? Kalau pi kedai makan, jangan harap dia nak keluarkan duit. Tapi, ada jugak perempuan bangang!!!!!!! Sayang and cintun konon. Podachi. Baik elakkan lah wei dengan lelaki macam ni. Haiya... isk..kalau dapat awek cm tuh.. bersyukur la sikit lelaki2.. isk..

nukilan..liza razak.. pergi la blog dia best.. ^_^
saya cuma copy paste n mengiakan mana yg cam best je..
so kalau terkena batang idung sape2 tuh sila la insaf2 sikit..
ingat la.. putaran dunia.. korang tahu karma kan? bukan nak suruh percaya karma tapi dalam islam pun ader disebutkan yang Allah itu maha adil.. so ko buat jahat today.. esok ko kena aa.. huhu~ adios amigos

Sunday, November 7, 2010

farewell party to Kak ShasHA~ ^_^


ini farewell party kak shasha.seronok nyer g party ni.haha.
tak la party sangat pun.just makan2 and have fun ngan family2 a.k.a cousin2.
most guest yang datang adalah student UIA Kak Shasha.So, tak pela.Saya dudok lepak ngan my akak je pun most of the time.timing party ni mmg sgt best sebab betul2 after habis xam.. wehoo~ seronok sangat..!!~
Kak shasha nak pergi further study ke Melbourne ..SYok nya duduk oversea.nak jugak~
Dia cousin saya..sebab tu kena hadirkan diri.En.Khairi saya tak nak ikot.dia malu2 kucing.last2 dia yang lapar sorang2..hehe
owh.gambar di atas ni candid ye.macam ngah menampar diri sendiri pun ada.agaknya ada nyamuk kot kat pipi masa tu.mungkin la sebab xsedar pulak.ngee~ cis..


ini kakak n abang ipar saya..ini la satu-satu nya akak saya yang semua org ingat adik saya. 
argh~ adakah bermakna wajahku tidak awet muda? xci..~ nak jugak..
mama kata rahsia awet muda ialah pakai 'ANEW' dari AVON tu..huhu~
seriously berkesan untuk mama.trust me.. ^_^


eyh..saje~ ngee..
sepet girl "bak kata cousin ku" ..'bukak besar sikit mata tu.nampak macam ko ngah tido.haha'
-__-"

ini baby comel~ mari berkenalan ngan baby kepada kak shasha ni.
nama dia sufiyya. dia 4 bulan. dia comel sgt.rambut dia sangat lebat sampai tercacak begitu.
tapi tak apa sebab dia masih comel sangat~


mata bulatnya..nak amek~!! ^_^

ok la.lepak sampai malam.tau la dah habis exam.erk.padahal final xam lagi 4 bulan.
owh cuak sangat.tapi tetap ada unsur-unsur kemalasan.
isk.xboleh jadi ni.
dulu2 lagu 'standing in the eyes of the world' tu lagu utk menaikkan semangat supaya study.
haha.tak tau la kaitan nya. tapi memang begitula.bila pikir balik macam kelakar. tapi tak kisah la.

sampai sini saja.dah kenyang makan ayam BBQ byk gle kat open house tu.siap tapau bawak balik.
kuah satay dia sedap sangat. kalah satay kajang.lupa lak nak tanya tuan rumah beli kat mana satay tu..^_^
err..makan je pandai..hee~
tata..

Saturday, November 6, 2010

ALIYA'S CRAFT GIVEAWAY!! ^_^



dan ini first time ALIYA'S CRAFT buat giveaway....
hadiahnya? owh adorable sangat sebab tu korang kena join giveaway ni.. 
nak tahu hadiah dia?? jeng..jeng.. 2 tote bag untuk 2 org pemenang
(tote beg dia comel..) kalau dapat leh bawa g kelas.. yeay.
hope lucky!!~

owh..maklumat lanjut? ape kata pergi terus ke blog ALIYA'S CRAFT.
good luck ye~




Related Posts with Thumbnails