Sunday, June 13, 2010

Kantoi..mcm lagu zee avi.. ^_^


 adik aku(tinggi kan dia).. sekadar hiasan jek nih

Aku suka memerhati manusia.. melihat gerak geri nya dan cuba meneka apa tersirat di hatinya. Setiap kali mereka berbicara, aku tidak Cuma cuba memahami maksud perkataan itu saja..aku juga mahu tahu perasaan disebalik itu. Kadang-kadang aku terfikir, waraskah aku berbuat begitu.. tapi sering kali apa yang aku teka memang tepat.. di sebalik kata2 seseorang.. aku pasti cuba menafsir apa yang tersembunyi.. aku pernah terbaca mengenai kajian & survey tentang manusia. Manusia ni hampir sama..Cara luahan juga hampir serupa. Begitu juga dengan ekspresi muka seseorang ketika berbicara. Gerak mata dan semua anggota.

            Sedikit sebanyak yang aku ketahui, membantu aku untuk jadi lebih suspicious.. mungkin sbb tuh org lebih suka bercerita padaku kerana tekaan aku slalu benar.. salah juga selalu sebenarnya.. hehe…

Hari ini.. aku di restoran itu.. menemani rakan ku makan malam. Aku sudah kenyang sbb dah santap dgn akak awal lagi tadi. Aku Cuma dudok bersembang seperti biasa. Aku memang rapat dengan nya. Tapi kebelakangan ni dia lain. Tak seperti selalu. Aku dapat merasakan nya.. tapi aku cuma endah tak endah.. di restoran itu dia makan makanan yg di ordernya.. aku amik juga fries yang ada di pinggan nya itu.. hehe.. skit jek.. hm..tak byk yang mahu di bual kan.. jadi aku Cuma bermain game di handphone ku. Tak menarik mana pun game tuh sbb handphone pun tak canggih. Tapi sbb tak pernah menang game tuh.. aku usaha jugak nak main sampai menang. Biar terpaksa ulang juta-juta kali pun.. never give up kan.. so.. main la aku game y tak pernah menang tu smpai battery phone ku habis. Aku kebosanan sebentar.. air epal susu gelas besar yang aku order tadi ku hirup banyak-banyk sbb memang aku kuat minum air pun..

            Air epal susu di meja yang masih byk tuh aku renungkan saja. Mencari topic untuk dibual bersama rakan ku. Dia pun kelihatan tak berminat berbicara dgn ku kali ini. Mungkin sbb tgh menjamu selera agak nya.. jadi aku pun minta izin untuk pinjam handphone nya.. dia pun tanpa berfikir panjang (aku rasa la), dia pun menghulurkan hp itu kepada ku. Niat aku nak main game la. Mcm tadi. Tapi ntah la.. lain pulak jadi nya. Maka di situ la bermula nya kisah kantoi yang akhirnya menjawab semua keraguan aku selama ini..

            Aku biarkan saja.. senyap kan dulu.. mencari ayat terbaik utk memulakan bicara. Selesai makan, dia bingkas bangun & pergi ke kaunter pembayaran. Aku mengikuti di belakang nya.. sambil menunggu queue.. aku memulakan bicara.. membuka semua bekung didada.. dia dengan selamba menjawab spontan seolah-olah itu memang kebenarannya. Tapi aku pelik. Kenapa dia perlu pandang kearah lain ketika menjawab soalan itu. Aku bertanya lagi. Untuk mengukuhkan pendapat aku. Dan kali ini bola matanya memang tidak memandang aku. Aku yakin dia menipu.. kerana aku belajar psikology & pergerakan manusia. Hye.. don’t ever try to lie to me.. so.. di situ la bermula nya cerita kantoi & akhirnya terbuka la semua rahsia nya.. haha..

            Tak sia-sia aku di ajar supaya ‘have a high index of suspicion!!” & aku juga bukan belajar dari buku semata2.Banyak benda yang kita boleh terokai dlm kehdupan. Kenapa aku tahu dia tipu?? Sbb gerak geri nya yg beritahu aku.. ^_^ hebat kan...  "cerita dlm cerita"" ^_^
jalan2.. ngan mama.. adik n sarah ke Jalan TAR & SOGO!! ^_^

sarah kat ALINAS sebelum dapat tudung baru.. hehe..
eyh.. si 'anje' la.. ^_^ adorable tail huh??
ops.. abaikan kaki itu..

No comments:

Related Posts with Thumbnails