Showing posts with label medical life. Show all posts
Showing posts with label medical life. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Jom Ke Oversea di Malaysia.. Berjaya Hills, Bukit Tinggi at Pahang

tada.. cantik tak fairy land ni?
inilah nama dia bukit tinggi.Bukit tinggi ni terletak dekat dengan pahang. tak ada la jauh sangat dari KL. so, kalau ada plan nak jejalan di Malaysia, boleh la g sini. ^_^
Perjalanan dr KL ke sini ada dalam sejam jugak la..
tinggi tempat ni dalam 2,500 kaki dari laut. Kurang tinggi dari Genting Highland kot. tapi tempat dia sejuk dan cantik!
kalau korang perasan la kan. iklan Enchanter tu buat kat cni.. haha
nak tahu lagi? click sini Cuti Malaysia 

gambar lagi.. dari jauh nampak mcm fairy land kan? kuat berangan dan banyak sangat tengok cartoon ni. *wink*wink*
ni gambar dekat ngan pintu gerbang tu. ala-ala macam atas jambatan.
kat bawah tu boleh tengok swan tau. ada 2 swan hitam and 2 swan putih.
swan u diasingkan .tak tahu la pulak sebabnya kan. agaknya sebab yang hitam tu evil kot..haa..

swan! 
Nadiah camerawomen berjaya tengah tangkap gambar ayu
ini la ayu.hehe


paparazi! uhuk~
air terjun..^_^ ye la tu
 wishing well, ha letak la coins dalam ni and make a wish.
owh jgn buat ye nnt tuhan marah! ^_^
jom check In


tata..nak balik dah. boleh pergi ke tempat lain lagi tau.
ada tempat horse, japanese tea house and tgk arnab comel.
sebab kesuntukan masa jadi next destination kami is the japanese tea house.
wha. nak naik ke atas kena berjalan jauh jugak. penat tapi seronok!


japanese house. boleh sewa kimono. tak ingat la berapa.huhu
tak banyak gambar kat japanese tea house sebab dah kepenatan.hehe
ok la.. ^_^ 
tu je.. sonok kan kalau boleh jalan-jalan selalu

Monday, April 18, 2011

sejak detik bersejarah itu~

sekian lama dah tak update blog sebab exam week.gosh, almost 3 months kot stop dari active online gara-gara nak exam. tapi exam final maa.. memang penting kot. sangat cuak and tak dapat di gambarkan perasaan ini~ owh.. haha. so semua pun dah berlalu.


kitorang memang exam terlebih awal dari org lain. ntah la kenapa. tapi budak UKM exam seminggu lagi awal dari kitorg. exam selama 2 minggu tu di rasai bagaikan 2 tahun. semua org mesti x suka cakap pasal exam kan. especially after habis jawab exam tu. sesetengah orang prefer diam and kept everthing to themselves. tapi aku suka nak bincang. x kisah la aku jawab betul or salah. haha. dari situ jugak aku tahu aku salah kat mana and aku akan risau seharian but that's me. So, cerita punya cerita, then aku tahu aku salah one big question.ooOooh..adoii..cam ne ni.. seharian itu jugakla aku kepeningan dan kerisauan. tapi salah sendiri kot! haha.. ^__^

(p/s: soalan ni tentang spine (orthopaedic), so aku tak tahu sebab ape aku g jawab spinal TB padahal terang lagi bersuluh org tu ada chronic morning stiffness and loss of lumbar lordosis which indicates ankylosing spondylitis..then next question tanya, what special test to do? answer should be schober's test.. dah jawab padahal jawapan ni ..but last2 final diagnosis still spinal TB..)

dalam exam.. mental block adalah common ~ hoo.. sungguh tak seronok begini.

exam short and long case lagi la cuak! wha~ exam ni ala2 interview. yang bezanya cuma diorang ni tanya tentang medical and apa-apa la yang berkaitan dengan medical.. ^_^


serious cuak sampai rasa tak berpijak dibumi yang nyata.
Long case sejam, dalam 40min interview patient and  periksa, then susun history patient and the other 30 minutes untuk sesi soal jawab.. pun cuak.. bayangkan ada 3 lecturer and kamu seorang yang noob didepan mereka yang pakar itu.. terasa lebih kecil dari semut. jadi berdoalah supaya dapat lecturer yang baik !!

Shortcase pula, 3 lecturer lagi and 3 examination selama 10minit setiap satu. jadi keseluruhan 30 min adalah seperti 3 saat. kerana terlalu cuak dah otak terasa berhenti. setiap soalan yang bakal lecturer tanya terasa sangat menakutkan walaupun hakikatnya lecturer sgt baik.. haha ^__^


tak pernah pergi exam setakut ini! menuggu result lagi la horror..oh My god. belum master level lagi..
so to adik-adik yang nak ambil medic, pikir-pikirkan ye dan selamat beramal..ngee~

Monday, November 15, 2010

Hari yang tak cukup baik.What a bad day~

al  kisah bermula dengan bangun lambat..isk~
baju untuk ke kelas belum iron.owh apakah? so memandangkan hari ini xada teaching kat ward so just fikir nak pakai baju yang dah iron je dalam almari tu.baju yang selalu pakai g jejalan tu. nak kata formal tak la sangat tapi aku tgk doctor lain pun pakai je. tak ada la semua org pakai kemeja and baju kurung je pun kan. ok..
so sebab dah lambat aku pun pakai je la..
sampai2 kat ward ikot round pagi macam biasa. hm..tiba2 ader number pejabat call handphone ku.. ingatkan org alarm rumah abah yang selalu inform aku bila alarm umah abah berbunyi.. aku pun xtau la ape significant di situ..
so.. aku angkat je.. nasib baik perasan. then rupanya org dari pejabat kementerian call.. dia bagitau sijil SPM yang kawan aku serahkan kat diorg dah tercicir .. teknikal error.. cis.. so aku kena hantar kan faks plak.. mana nak cari mesin faks.. wha~..xpe la.. so aku pun sabar lagi n ikot round macam biasa...ini kisah malang 1..


ok then ada plak class dermatology. oh aku sudah ngantuk sebelum class start pun.pastu rajin pulak g duduk seat depan sekali.haha.ingat teror la konon...haha.. sebenarnya lecturer tu yang suruh alih2 kerusi sampai row aku duduk tu jadi depan sekali.aiyak~.kalu tak jangan haraplah nak dok depan.kalau dah hafal kamus medical ke boleh jugak dok depan. dah katam medical oxford ke boleh jugak. lepas dia explain2 dia pun tnya la soalan. tiba2 semasa aku khusyuk..erk ..mengelamun.. tiba2 dia panggil namaku..'nadia'.owh my god... dalam hatiku .."ape2 soalan dia"..dia pun ulang balik soalan macam tahu2 je aku ngah cakap dalam hati.. pastu aku pun jawab ngan confident nyer ..sebab dia baru ajar tadi. dah disebabkan kengatukkan aku pun rasa betul dah aku jawab ni. sekali rupenye aku tersilap sebut term "macule" padahal aku sepatutnye sebut "papule"..macule tu untuk discolouration of skin.. papule tu kalau ader rise surface.. isk.. otak aku dok bayangkan papule tp mulut sebut macule.. How can??.. isk .... bila dia kata.. kan tadi sy baru bgtau.. aku pun baru tersedar.. aih~ tersasul la.. isk..-__-..kisah malang 2..

so.. pas class aku pun balik la ..jadi aku kena tunggu lift bersama-sama budak class yang tak mahu ke ward. ader kawan-kawan yang dah pergi ward jugak. so, nak dijadikan kisah malang ke-3.. aku pun sembang2 la ngan kwn2 ku. n rupanye aku sorg je melayu kat situ. xjadi masalah pun sbb kan semangat satu malaysia.. ceewah~ tapi.. malang datang bila dtg seseorng yang sudah aku tahu kegarangannye.. tapi sbb serius hari ni aku blur.. so aku pun masih tercegat disitu.. mula2 org itu xnampak aku lagi... then bila dia nampak..maka adalah modal dia untuk fire aku.. 'kenapa pakai seluar cmtu pergi ward.. "n kebetulan kasut aku ader stud.. ntah2 dia aim kasut aku skali.isk.. aku pakai kasut pun dah ckup baik tau dari org lain yang pakai selipar..isk.~ then.. aku senyap sambil telan air liur.. stare blankly at her.. kawan2 aku pun senyap je.. argh~ malu gile.. cis.. masalah dia sebab aku pakai seluar yang macam khaki warna brownish tapi ala-ala jeans.tapi bukan la jeans yang biru tu.. aku pun dulu tak tahu suar ni adik beradik jeans..wha.. benci.. bercerita tentang melayu tadi.. sebab dia expect semua org melayu pakai bju kurung.. selama ni aku pakai baju kurung hari-hari kot.. argh~hari ni je sbb lmbat td....sob..sob... then lift pun sampai.. kawan-kawan aku pun penuh2 naik lift.. aku xmau naik..haha..protes~so  tunggu lift lain.. nyampah.. hari2 aku pakai bju kurung dia xnampak pulak.. argh~ malang 3.. cdey~ xpela.. ini semua dugaan Allah.. moga aku lebih tabah.. sabar ye hati.. -__-..

kena nyanyi lagu 'BAD DAY" kuat2 aa pasni..

nasib baik pergi pejabat kolej tadi , akak tu baik n tolong aku faks  tanpa bayaran,, TQ!! satu perkara bertuah.. isk.. separa sedih... ^_^

Wednesday, October 20, 2010

andai dapat aku undurkan masa, andai bisa aku perbaiki semua masalah hidupku, agar hidup lebih bahagia hingga ke akhirnya

aku berlari..
mengharap langkah kaki ku gagah..
namun aku jatuh tersungkur tika aku belum sempat tiba.

aku berjalan..
meniti jalan yang penuh tanda tanya..
aku terus melangkah,
dengan harapan aku berjaya ke sana.

kini, langkah ku terhenti.
aku keliru, buntu & celaru.
di mana jalan itu?
dimana harapan & impian aku yang dulu?

mengapa masa membenarkan semua berubah?
mengapa aku masih disini mencari-cari jalan yang pasti..
aku hanya mahu harapan itu jadi nyata.
mungkin kah aku tinggalkan semua dan mulakan yang baru.

oh tuhan,bantulah aku.
berikan aku jalan yang terang.
aku insan yang lemah.
tabahkan si hati menghadapi ujian mu ya Allah.
berikan aku kewarasan dalam memilih.
agar itu jalan yang benar tanpa dusta dunia..

andai dapat ku undurkan masa..~

final xam 5 months to go.. end of posting xam 7 days to go.. Wish me All da best..~

i'm walking away, from the troubles in my life..
i'm walking away, to find a better day.
"walking away" by craig david.. lagu lama sgt tp aku suka lagu ni sejak aku dengar akak aku pasang 'kaset' (dulu tak da CD lg) dia suatu masa dahulu. Masa tu akak suka sangat  Craig David jadi dia suka pasang lagu ni. dan sewaktu muda2 dulu pun selalu ader masalah.ntah ape problems pun i tak tau.hehe~ so sebab memang suka lari dari masalah yang tak pernah selesai , jadi lagu ini sangat sesuai menjadi tatapan diriku~ -_-..

chaiyok2 jugak to alls yang dekat2 nak xam..'insyaAllah, one day ,we'll stand in the eyes of the world!!" ^_^ amin~

p/s: apa itu bahagia?? life is not a fairy tale.. tapi alangkah best nyer kalau life memang macam itu kan

Tuesday, October 5, 2010

Decision making n ur Future.. ^_^

 
me 2006 (first year in dissection hall University Of Malaya)

well.. im 23 year old.. ^_^
tua but tak la tua sgt.. muda but tak la muda sgt..
middle age ke? haha.. bukan2.. jangka hayat penduduk malaysia adalah sekitar 60 tahun.. so nnt dah 30 baru kira middle age la kot (ini hypothesis sendiri.. ^_^)

hm~ hari tuh cakap nak cerita bout big decision yang aku kena buat...
so this is it.. n tomorrow is the day..
aku dah final year..
so lagi beberapa bulan (dlm 6 bulan lagi).. dah final xam..
akan grad n jadi house officer..(so kerja dlm rumah je la..hehe)
house officer a.k.a HO a.k.a doc pelatih..
n decision yang susah sgt nak buat tu is which hospital to choose.. sbb ader byk factor yg mempengaruhi keputusan tu.. family..bf..friends..lecturer n future.. ^_^


ok.. finally aku dah nekad utk kerja kat my hometown (sbb tu mmg pilihan most of my friends.. kerja kat hometown masing2) so.. i'll choose 3 hospital kat area utara la jawabnya kan.Memang dari dulu nak pilih hospital kat hometown sbb senang, dekat ngan umah.leh dok ngan mama. hehe.
hm. cuma bila balik hometown mesti jauh ngan mr.khairi (nak panggil gini boleh?? hehe).. pape pun hope keputusan ni yang terbaik. dah lama belajar n asyik dudok di perantauan.meskipun bukan la dudok oversea but still bukan kat umah kan.nanti dah kawen (cheewah.. wink..wink) kena dudok jauh ngan mama jugak.so nak abehkan masa single ni ngan dok kat umah b4 rombongan dr pantai timur datang (eheh.. perasan lagi.. ^_^..) 

macam mana pun hope kamu dpat setiakan hati ye MR.Khairi.. ^_^
"ku kan setiakan hati..saat menanti.. " hee~

ader jugak kawan2 yang nak stay kat ppum sbb if jadi HO kat hospital universtity a.k.a teaching hospital nnt diorg akan dapat mcm priority utk jadi academic staff(lecturer) n ader one program call 'SLAP' ke "SLAT' ntah la.. aku tak sure which ejaan yng betul tp yang pasti program ni utk HO yang lepas kerja 2 tahun terus boleh amek master without kena tggu lagi 3 tahun after MO.. so kira macam fast track la.. but if kerja kat hospital biasa pun boleh jugak masuk program fast track ni if dpat recommendation from ur supervisor..so.. kena la rajin..iklas n tawaduq~ .. ^_^ 

so.. hope i make the right decision .. amin.. ^_^

me 2010 (paeds ward..)
perjalanan hidup i masih panjang.. aku tak tahu apa di depanku n ape yg terbaik utk ku.. jadi aku tak pernah putus asa n sentiasa berdoa agar semua yang berlaku adalah yg terbaik.doa mama juga sentiasa mengiringi langkah hidupku.. thanks mama n abah.. ^_^
Related Posts with Thumbnails