Showing posts with label life like this. Show all posts
Showing posts with label life like this. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

NUR KASIH THE MOVIE*Must Watch Movie!!**

19 Mei 2011
movie Nur Kasih keluar.. 
aku g tgk on dat day kat cineleisure Damansara (nama baru dia E@curve la)
may be sbb g awal so tak penuh sgt cinema time tu..

cerita pun start..! Cantik sgt gmbar dia.. xreti nak xplain secara scientifiknya tapi yang pasti macam tenagok 3D pulak.. tak tahu la guna teknologi ape kan.
Kalau nak cerita pasal synopsis mesti dah ramai yg tulis kan.. so just nak bagi tahu sikit2 je la pasal cerita ni..
Start2 Cerita ni aku dah nangis! wha.... baru beberapa minit tgk.. betapa besarnya kesan "Nur Kasih" ni dalam jiwa ku.. cewah~


Suka la tengok Tiz Zakiyah n Remy Ishak.Sama Cantik n Macho. Tiz sesuai pakai tudung.Moga nanti terbuka hati dia nak terus pakai tudung kan.amin.
Pandai Tiz bawak watak Nur dalam cerita tu.Memang baik habis la.

Remy a.k.a Adam sangat romantik! dia memag sesuai bawa watak romantic kot. dalam cerita "sindarella" yang dia berlakon ngan sharifah amani pun romantik jugak..ops iklan jap.

Aku suka sangat part dia Doakan Nur, Part dia nak jugak cari cincin Nur, sedih gile bila Nur kegugran sebab kan dulu dia pernah kehilangan baby jugak (dalam series, anak isteri ke-2 dia tu)

menyayat hati masa remy sakit dan masa yang sama Nur tengah pregnant.Owh~

Ending yang seronok! Yang pastinya Bagus la ending dia. tak rasa nak buat ending sendiri macam sesetengah cerita kan.! 

habis je cerita tu ada orang tepuk tangan! 

jadi.. tengok la..kalau anda tu sensitif ,sila la bawa tisu ye. ^___^

Saturday, May 14, 2011

Jom Ke Oversea di Malaysia.. Berjaya Hills, Bukit Tinggi at Pahang

tada.. cantik tak fairy land ni?
inilah nama dia bukit tinggi.Bukit tinggi ni terletak dekat dengan pahang. tak ada la jauh sangat dari KL. so, kalau ada plan nak jejalan di Malaysia, boleh la g sini. ^_^
Perjalanan dr KL ke sini ada dalam sejam jugak la..
tinggi tempat ni dalam 2,500 kaki dari laut. Kurang tinggi dari Genting Highland kot. tapi tempat dia sejuk dan cantik!
kalau korang perasan la kan. iklan Enchanter tu buat kat cni.. haha
nak tahu lagi? click sini Cuti Malaysia 

gambar lagi.. dari jauh nampak mcm fairy land kan? kuat berangan dan banyak sangat tengok cartoon ni. *wink*wink*
ni gambar dekat ngan pintu gerbang tu. ala-ala macam atas jambatan.
kat bawah tu boleh tengok swan tau. ada 2 swan hitam and 2 swan putih.
swan u diasingkan .tak tahu la pulak sebabnya kan. agaknya sebab yang hitam tu evil kot..haa..

swan! 
Nadiah camerawomen berjaya tengah tangkap gambar ayu
ini la ayu.hehe


paparazi! uhuk~
air terjun..^_^ ye la tu
 wishing well, ha letak la coins dalam ni and make a wish.
owh jgn buat ye nnt tuhan marah! ^_^
jom check In


tata..nak balik dah. boleh pergi ke tempat lain lagi tau.
ada tempat horse, japanese tea house and tgk arnab comel.
sebab kesuntukan masa jadi next destination kami is the japanese tea house.
wha. nak naik ke atas kena berjalan jauh jugak. penat tapi seronok!


japanese house. boleh sewa kimono. tak ingat la berapa.huhu
tak banyak gambar kat japanese tea house sebab dah kepenatan.hehe
ok la.. ^_^ 
tu je.. sonok kan kalau boleh jalan-jalan selalu

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu
Handmade Choclate Moist Cake +  Milk Chocolate

1st time buat topping cake fancy-fancy. Selalu kek chocolate moist tu letak icing melt chocolate tu saje. Sempena Hari Ibu ni dan sempena masa cuti yang tak ada banyak kerja nak buat, jadi terciptalah kek hari ibu ini.haha

Simple je Kek ni. Nak buat topping dia guna koko powder ,susu pekat and air sikit, masak atas api dan kacau sampai pekat.kalau la pada hari yang kurang baik choclolate topping tu tak mahu juga likat, jadi guna lah tektik menambah tepung jagung secukup rasa ye. ^_^ simple kan.

untuk tulisan tu guna la buttercream.kalau ada white choclate lagi bagus.
white chocolate + oil based colouring.
masukkan kedalam beg piping pastu buat la corak sesuka hati anda.

untuk menambah kecerian pada kek, tambah la manik2 kecil yang warna warni itu.
susah oo nak tabur manik manik tu kat sisi kek.
ini lah hasil penat lelah

rupa kek terakhir.
owh perasan kan ada comot-comot sikit di sebelah kek.jadi kita lap dengan kitchen tisu untuk bagi nampak comel sikit.

itu je..
selamat hari ibu MAMA!!!

muachxx!

Sunday, May 8, 2011

Selling New Items: SHAWL SWIRLY~

New entry!
nak business here pulak
tolong my lil sis jual shawl dia..hoho~

new shawl in town... jom tgk~ 
RM18 only *


antara warna-warna yang available.
shawl ni berombak-ombak macam shawl ombak.
kalau di bahagian muka tak nak ombak tu beralun sangat korang boleh ketat kan sikit dia. huu~
ok thats all for today

happy mothers day!!

Tuesday, May 3, 2011

resepi: bunga kubis/kobis bakar.. (Roasted Cauliflower Recipe)

mari mencuba recepi baru!
mudah dan sedap!
hehe

ini lah hasilnye~ ^__^
tak banayak pun bunga kobis kat rumah. jadi cuma buat sikit je untuk try. simple je resepi dia.

BAHAN-BAHAN
ambil bunga kobis (potong kecil2)
butter/mentega
serbuk lada hitam /black papper (secukup rasa)
aluminium foil
garam (secukup rasa)

CARA-CARA
panaskan oven,
sapukan mentega diatas aluminum foil
sapukan juga sedikit pada bunga kobis dan taburkan serbuk lada  dan garam tadi

siap utk dibakar..
^_^ mudah kan..

untuk resepi yang lengkap/ recepi asal sila rujuk di website ini..
(Roasted Cauliflower Recipe)


siap untuk dibakar.!


Saturday, December 25, 2010

Paris Hilton? & Me ^_^

owh.. it's been a while since my last post.
i'm so damn busy right now.
my big big major giant exam is coming sooon.
just a few months more. in about 3 months~ 
to face it or not to face it? no choice.i just need to pass my final MBBS with flying colour
gosh~ now i feel da burden they've been talking about..ops..bebel pulak ..
erk~ ape yg gemuk ni..haha
(ini gune effect -fish eye)

actually~ this post i just meant to say thanks to Safwan.
sebab dia belanja saya perfume paris hilton.haha.nothing else to do with her.
tapi perfume 'Heiress' by Paris Hilton ni wangi sangat. macam bublegum. so siapa yang suka bublegum boleh la pakai dia. sweet!! cuma bau dia tak last long..(my opinion) ..
bubblegum..eyh heiress la~ TQ!!


actually, im looking for guess perfume yang bottle pink n silver tu.but masa pergi cari kat mid valley tu dah habis. so promoter tu introduce perfume baru dari Guess. Bau dia strong. saya tak berapa suka. Dkny pun ada offer hari tu (kebetulan JCARD day at MID Valley) tapi pun tak suka bau dia.
haha..ini pendapat saya je. Orang kan ada pendapat yang berbeza2..

ok~ daa..
nanti nak cerita tentang 01.01.11
jeng..jeng

hm.. selamat hari natal jugak!! 25/12/2010

Monday, November 22, 2010

Lets talk about Dinner & Dress part 1

mari mengira hari..119days before my final exam and 96 days before my study week.
OMG..bukannya jauh pun lagi.pejam celik tambah tolak bahagi darab ngan masa tidur makan dan berhibur, dah jadi 19 hari.. haha~ kiraan yang kurang logik. tapi macam tu la lebih kurang.So,motivasi kepada diri sendiri.."study Smart!! Dont Malas2..aiyak~" 
bagaimanakah menanam sifat rajin itu dalam diri ku? isk..semua doakan say supaya "LULUS CEMERLANG DALAM EXAM MBBS SAYA NEXT YEAR TAU.."bila sebut next year macam jauh je lagi kan.padahal lagi 4 bulan kot.. Owh.makin tua la saya.tapi tak kisah la,masih mahu anggap diri sendiri muda remaja.cewah~

Dinner? ha.. every year kat UM ni mesti ader annual dinner..so last year dah pakai "Hot Pink"
huu~ this year tak tahu nak pakai ape..
saja nak buat entry pasal dinner n Dress.. alang2 menyibuk kat website lain tengok2 dress yang cantik,boleh jugak kongsikan..nway..sape2 ader idea lagi sy suka!!.. ^_^

ini Dinner 2010 ^_^

fwens..^_^


ok.. dh la~ ^_^

Tuesday, November 9, 2010

AGNES MONICA TERUSKANLAH.. Ciri ciri lelaki idaman?

a

alangkah indah kalau semua yg terjadi dalam hidup kita ni macam fairy tales kan.. ^_^
xseronok betol bila sedih2 ni.. isk. tapi lagu ni sedap.. 
kita selalu terlupa dengan apa yang ada kat depan mata kita. xpernah nak hargaikan.
tapi bila dah hilang baru aa gabra gigit jari. nak cari yang sama tak jumpa dah.
isk. nak teruskan ke? boleh ke bertahan hidup macam ni.
susah betul.. rasa nak lari jauh2 kalau ader masalah time2 begini..

tak suka!! 


owh..maaf emo pulak dah..actually masa ngah jalan atau nama lainnya ngah blog walking.
tiba2 terjumpa artikel best untuk kongsi bersama dengan kaum-kaum hawa yang cute miut diluar sana..untuk kaum adam juga bacalah untuk peringtan.. korang ni memang nak kena bagi ceramah sikit.. insaf la kot 2-3 jam.kan?


ciri-ciri lelaki  sebagai teman hidup??.
 nukilan liza razak..
ciri-ciri lelaki yang tak best saja untuk kita pilih dan jadikan sebagai teman hidup. Sesekali kena tukar gender untuk dijadikan bahan kutukan. muahahaha.
Selalu sangat saya dengar orang cakap tentang ciri-ciri buruk wanita. Konon yang kuat membebel, kuat bershopping, tak tahu masak, pemalas, materialistik and banyak lagi woo.
So, rasanya kali ni..saya dalam mood nak bikin lelaki panas pulak. kehkehkeh. Boleh naa?? :P
Kalau nak senaraikan semua, im sure banyak ni nak wat kutukan baja hitam. muahahaha.Tapi, tak apalah. Saya kutuk 4  point aja kali ni. Maybe, kalau ada yang nak tambah. Silakan. No problem. hehehehe
Ciri-ciri lelaki hawau:-


1- Kaki perempuan
Pergh. Saya pantang gila kalau ada geng lelaki yang perangai dia kumpul list awek. (sgt setuju!!) Kalau hari ni nama awek dia Ayam, selang 4 hari dah tukar nama jadi Ayamas pulak. Even, nama nak sama tapi Ayam dan Ayamas bukanlah orang yang sama. (teruk sgt kan.. ingat mcam tukar selipar jepun agaknye..eyh bukan.. ingat bagus sgt!)
Bila orang tanya, mana Ayam? Dia akan jawab dengan slumber “Ayam tu tak boleh pakai. Servis tak bagus.” (laki cmni wajib kena humban dlm perigi.. )
Oh, dasar lelaki. Ingat perempuan ni hidup untuk melayan nafsu kuda kamu aje naa??? (STUJU SGT!!)

2- Kaki kelentong
Hahahahaha. Kalau hal yang ini, jangan terkejut mak nenek naa. Ada aja teman wanita yang tak perasan pun perangai boyfie/suami dia camni. (isk.. hampir semua kot cmni.. benci).Ada yang dah kawan sampai bertahun-tahun pun tak tahu woo.
For me, kaum lelaki adalah kaum yang paling teror bab kelentong. Kalau perempuan ni, kelentot dia terhad sikit. Macam saya, khusus untuk kelentong lecturer lah biasanya. muahahaha.
Tetapi, kalau lelaki ni…kelentong dia pelik sikit. Kalau bukan lelaki ni bukan jenis hawau sekalipun, dia tetap kelentong jugak tapi limited edition sikitlah.hahahaha. Cuma, kalau dah nak pi jumpa kawan nak tengok bola pun kelentong cakap nak pi surau ada kenduri tahlil..apa kes kan????? Oh, siapa yang terkena itu????????? hahahahaha.. sengal tahap cipanzi betol la diorg ni

3- Kaki cemburu buta
Cemburu dengan cemburu buta lain woo. Kalau cemburu saja, is normal for me. Kan? Kalau cemburu buta ni makan hati woo. Saya, so far tak pernah pulak ada boyfie yang cemburu buta. If tak, sure meroyan siut.(like..like) hahahaha.
Tapi, my friend selalu sangat kenal dengan lelaki yang cemburu buta ni. Sumpah, sadis woo. Biasanya, lelaki yang kuat cemburu buta ni…ada extra perangai tau. Pemarah!! agree or not??? ( kalau dia cemburu tapi dia xbuat perangai xpe lagi.. tapi kalau dia cemburu then dia lak yang gedik sana sini.. isk.. ape case?? )
 
4- Kaki pow duit awek
Ini contoh lelaki yang tak boleh pakai langsung. Bak kata sepupu saya pun, membazir kalau bela lelaki macam ni. Sah-sah tak boleh jadi suami woo. belum kahwin pun, spender nak suruh awek yang belanja. Apa kejadah kan? Kalau pi kedai makan, jangan harap dia nak keluarkan duit. Tapi, ada jugak perempuan bangang!!!!!!! Sayang and cintun konon. Podachi. Baik elakkan lah wei dengan lelaki macam ni. Haiya... isk..kalau dapat awek cm tuh.. bersyukur la sikit lelaki2.. isk..

nukilan..liza razak.. pergi la blog dia best.. ^_^
saya cuma copy paste n mengiakan mana yg cam best je..
so kalau terkena batang idung sape2 tuh sila la insaf2 sikit..
ingat la.. putaran dunia.. korang tahu karma kan? bukan nak suruh percaya karma tapi dalam islam pun ader disebutkan yang Allah itu maha adil.. so ko buat jahat today.. esok ko kena aa.. huhu~ adios amigos

Sunday, November 7, 2010

farewell party to Kak ShasHA~ ^_^


ini farewell party kak shasha.seronok nyer g party ni.haha.
tak la party sangat pun.just makan2 and have fun ngan family2 a.k.a cousin2.
most guest yang datang adalah student UIA Kak Shasha.So, tak pela.Saya dudok lepak ngan my akak je pun most of the time.timing party ni mmg sgt best sebab betul2 after habis xam.. wehoo~ seronok sangat..!!~
Kak shasha nak pergi further study ke Melbourne ..SYok nya duduk oversea.nak jugak~
Dia cousin saya..sebab tu kena hadirkan diri.En.Khairi saya tak nak ikot.dia malu2 kucing.last2 dia yang lapar sorang2..hehe
owh.gambar di atas ni candid ye.macam ngah menampar diri sendiri pun ada.agaknya ada nyamuk kot kat pipi masa tu.mungkin la sebab xsedar pulak.ngee~ cis..


ini kakak n abang ipar saya..ini la satu-satu nya akak saya yang semua org ingat adik saya. 
argh~ adakah bermakna wajahku tidak awet muda? xci..~ nak jugak..
mama kata rahsia awet muda ialah pakai 'ANEW' dari AVON tu..huhu~
seriously berkesan untuk mama.trust me.. ^_^


eyh..saje~ ngee..
sepet girl "bak kata cousin ku" ..'bukak besar sikit mata tu.nampak macam ko ngah tido.haha'
-__-"

ini baby comel~ mari berkenalan ngan baby kepada kak shasha ni.
nama dia sufiyya. dia 4 bulan. dia comel sgt.rambut dia sangat lebat sampai tercacak begitu.
tapi tak apa sebab dia masih comel sangat~


mata bulatnya..nak amek~!! ^_^

ok la.lepak sampai malam.tau la dah habis exam.erk.padahal final xam lagi 4 bulan.
owh cuak sangat.tapi tetap ada unsur-unsur kemalasan.
isk.xboleh jadi ni.
dulu2 lagu 'standing in the eyes of the world' tu lagu utk menaikkan semangat supaya study.
haha.tak tau la kaitan nya. tapi memang begitula.bila pikir balik macam kelakar. tapi tak kisah la.

sampai sini saja.dah kenyang makan ayam BBQ byk gle kat open house tu.siap tapau bawak balik.
kuah satay dia sedap sangat. kalah satay kajang.lupa lak nak tanya tuan rumah beli kat mana satay tu..^_^
err..makan je pandai..hee~
tata..

Thursday, October 28, 2010

oh my Baby2 boo~ ^_^


ini baby 1..
comel x?? ^_^ baby ni lahir ptg .. msa aku ngah sibuk di kelas.tiba2 dapat satu msg dr number misteri.sebenarnya handphone ku yang hilang almost semua number sejak peristiwa handphone pink rosak. owh handphone pink ku. sekarang dah boleh letak dalam museum.dari message tu dia gtau baby dah nak keluar on that day. cuma ada masalah sikit sebab baby tak leh kuar normal.aku pun belum berkesempatan tanya kenapa.mungkin sebab cephalo-pelvic disproportion (CPD) kot.maksudnye baby tak muat nak lalu keluar macam biasa sebab kepala baby kecik or maybe tulang mummy dia yang kecil.tak pe la.yang penting semua selamat and lahir la baby comel ini. haa.. memandangkan hari tu ader exam hari isnin. tak sempat nak pergi melawat baby ni.. cuma g melawat baby seorang lagi yang kuar hari yang sama. cuma lewat 2 jam je.


ini baby 2.. 
dua-dua pun boy.macam kembar pulak keluar hari yang sama.masa baby ni lahir.mama pun excited and turun KL semata-mata nak tengok baby2 lahir ni..cucu sedara la katakan.comelnye dua-dua pun. geram nak picit pipi.huhu.

baby 1st nama Ahmad Adib Rayyan
baby 2nd name Mohd. Azeem

owh.. Rayyan..panjang nye nama kamu mama  papa kamu bagi. saya lupa nak pesan kat mereka supaya jangan bagi nama panjang2 sebab nanti bila nak isi borang kamu la org yang paling lambat habis.n bila nak buat name tag ,nama kamu paling kecil demi untuk memuatkan nama kamu kat situ. dengarlah nasihat org yang ader nama paling panjang dalam seluruh family kita ni.haha.. ^_^ 

owh.lupa nak gtau.baby2 ni adalah baby cousin ku..
moga diorg sihat2 n comel selalu~ sy tumpang gembira..
semoga ader hari yang lebih gembira bila akak comel ku pulak yang dapat baby.amin.

^_^


Wednesday, October 20, 2010

andai dapat aku undurkan masa, andai bisa aku perbaiki semua masalah hidupku, agar hidup lebih bahagia hingga ke akhirnya

aku berlari..
mengharap langkah kaki ku gagah..
namun aku jatuh tersungkur tika aku belum sempat tiba.

aku berjalan..
meniti jalan yang penuh tanda tanya..
aku terus melangkah,
dengan harapan aku berjaya ke sana.

kini, langkah ku terhenti.
aku keliru, buntu & celaru.
di mana jalan itu?
dimana harapan & impian aku yang dulu?

mengapa masa membenarkan semua berubah?
mengapa aku masih disini mencari-cari jalan yang pasti..
aku hanya mahu harapan itu jadi nyata.
mungkin kah aku tinggalkan semua dan mulakan yang baru.

oh tuhan,bantulah aku.
berikan aku jalan yang terang.
aku insan yang lemah.
tabahkan si hati menghadapi ujian mu ya Allah.
berikan aku kewarasan dalam memilih.
agar itu jalan yang benar tanpa dusta dunia..

andai dapat ku undurkan masa..~

final xam 5 months to go.. end of posting xam 7 days to go.. Wish me All da best..~

i'm walking away, from the troubles in my life..
i'm walking away, to find a better day.
"walking away" by craig david.. lagu lama sgt tp aku suka lagu ni sejak aku dengar akak aku pasang 'kaset' (dulu tak da CD lg) dia suatu masa dahulu. Masa tu akak suka sangat  Craig David jadi dia suka pasang lagu ni. dan sewaktu muda2 dulu pun selalu ader masalah.ntah ape problems pun i tak tau.hehe~ so sebab memang suka lari dari masalah yang tak pernah selesai , jadi lagu ini sangat sesuai menjadi tatapan diriku~ -_-..

chaiyok2 jugak to alls yang dekat2 nak xam..'insyaAllah, one day ,we'll stand in the eyes of the world!!" ^_^ amin~

p/s: apa itu bahagia?? life is not a fairy tale.. tapi alangkah best nyer kalau life memang macam itu kan

Thursday, August 26, 2010

Thank you Allah.. aku berjaya lagi


hari ini last exam aku after 2 months posting paediatric (kanak-kanak)
well.. sepanjang posting aku kena g ward.. jumpa kanak2 comel n kena buat case write up ( mcm karangan skola tapi pasal patient kat ward la..)

so.. dah dua minggu jugak aku asyik ke ward paediatrc yang jauh nye la.. hanya mereka yg pernah g PPUM je tahu betapa jauh dari satu ward ke satu ward.. semua ader 6 ward.. ha.. kalau time oncall sgt penat.. bukan penat buat ape pun sbb kitorg still MS a.k.a medical student ..kena tlg clerk patient sikit2 jek.. but yang sgt penat is jalan dr satu ward ke satu ward.. yang sgt peliknya. nape aku tak kurus-kurus ni. haha..

aku seronok dah habis xam ni.. tapi esok ade lagi satu claz pulak..adoi.. review am clinical.. hari nih review xam bedside (short case)..

sebelum g xam.. perut pulak buat hal.. wha.. 2 x aku g tandas. tak sonok btol.dah la ngah cuak nak xam.
hm.. tapi kali nih aku beruntung lagi sbb dapat case abdominal lagi (perut).. aku pakar sikit bab abdominal nih sbb dulu masa aku 3rd year aku slalu kena hentam ngan doctor sorg dia. dia baik tapi dia slalu aim aku bila cakap pasal abdominal sampai dia pernah panggil aku hepato girl (hepato is liver..liver tu hati la.. bukan jantung k.. liver nih kat abdominal la..^_^)
alhamdulilah.. aku lulus lagi..case write up (karangan) juga lulus.. hope clinical nanti aku lulus jugak.. yang paling penting final year aku nanti.. lulus cemerlang.. AMIN..

owh.. lulus je dah sonok sbb kat medical school kat UM nih tak yah pointer.. dah LULUS pun cukup la.. ^_^

Wednesday, August 25, 2010

Buat Baik Di balas Baik.. -_-

dulu masa kecik2.. org tua2 slalu cakap.. buat baik ..di balas baik.. buat jahat di balas jahat
tapi bila dah besar. buat baik pun di balas jahat jugak. sedih betul macam tu.
kalau la best kalau org yang buat jahat tu boleh kena potong markah ke .. kena denda ke. tapi semua tuh cam tak logik pulak kan sbb kadang tu org yang buat jahat tu ingat dia baik. adoiiya

hm.. nape manusia suka sgt tak bersyukur. asyik nak penting kan kesempurnaan sampai tak pernah nak hargai apa yang di depan mata. manusia ni mmg suka lupa kan. berpesan2 kepada kebaikan.. tapi pesan pun diorg tak nak dgr.mmg masalah btol.

kan seronok kalau kita tahu yang mana keputusan yang kita ambil tuh betul ke salah. kan best kalau kita boleh reverse balik and betul kan semua salah kita. mesti ramai org zero dosa kan. kalau boleh g zaman muda-muda dulu best gak. hehe.. buat semua yg tak sempat nak buat masa dah tua ni.tua ke?? hee

owh.. nape kita kdng2 tuh sanggup berkorban mcam2 tapi org tak hargai pun. mungkin sampai masa kita pergi baru diorg sedar pengorbanan kita nape la manusia nih suka je tak nampak apa yang di depan mata dan sibuk nak kejar benda yang belum tentu milik dia.

biasa la dunia fantamorgana ni..


_______------------____________-----------_______________----------------_________

handphone pink.. nak nak rosak hari nih.. lagi 2 hari xam bedside.. doakan saya ye..^_^
smoga sy dapat buat yang terbaik walaupun sekarang dalam hati tengah sedih..
moga dapat lupakan semua masalah n jwb exam dgn baik.. amin..

Friday, August 20, 2010

Insha Allah by Maher Zain.. I LOve This Song.. so Meaningful.. cuba hayati lirik dia


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Wednesday, August 11, 2010

welcome ramadahan.. and please go away 'problems'..

welcome ramadhan.. i hope this year will be better than last year..
may i'll be a better person and may i'll be bless by 'rahmat' Allah..
every and each day is so hectic..problems come and go. i heard lots of stories and some are my own problems. i hate to admit that this life is never a fairy tale but i hope that one day everything will gets better. i'm tired of all this nonesense and i hope that what i heard is wrong. i had enough and what i've been through all this years ..had already killing me slowly.. owh god, please tell me all i heard is just a lie. just a bunch of rumours from those who never stop ' dengki' .. -___-

owh.. and my brother did it again. keep playing around and 'i dont know what he's doing' but he skip his class again. this is not good. he's no longer a liltle child who should be scolded and nag for hours. he can think for himself what is good and bad. hm~ i dont know what should i do.. i dont like scolding others coz i dont want them to hate me.. nothing seems to make him realise that he need that qualification to survive in this 'must have qualification' era. owh adikku.. sedar la kamu.. jgn la main2 lagi.. u've been given so many chance.. i know u can do it.. come on.. prove to me and to mama that u can.. ^_^ .. i'll promise not to scold u but please hear my advice.. ececeh~

aha~ 1st day of ramadhan.. went to bazaar to buy some juadah berbuka.. but so many people.. cant even see the foods.. can even walk properly coz everyone is pushing here and there.. so i just decided to buka puasa at a nearby restaurant... sabar ye~ ^_^

from medical school.. i learn a lot.. and the most important thing is.. i realise that now.. i'm much more "patient" compare to previously.. ^_^
i'm glad.. hehe..

Monday, July 19, 2010

Mari berbaju kurung macam 'Ana Raffali'


huhu.. skang ni dah trend balik dah baju kurung cotton.. 
sk tgk ana raffali ni pakai bju kurung.sopan jek.. ^_^
 
credit to: budiey.com
ha.. raya pun dah dekat...sape2 nak kurung cotton yg sgt reasonable price dia meh la

saje nk promote .. haha..itu jek..
bju kurung pink yg ini pun cotton mcm kat http://cantikitukamu.blogspot.com/ jugak..



Sunday, July 18, 2010

jadi slim mcm saya

huhu.. tajuk entry yg sgt menipu..
actually cm ne nk jd kurus nih.. runsing la.. skang selera mkn asyik ader jek.. isk2..
bila mahu kurus cm ni.. 


..
ok
..
itu sj.. sekian.. sj jek runsing..

Friday, July 16, 2010

OoooOh.. My God.. Penat nyer hari ini.. ^_^ tp sy gembira !!

 
org ckp tak baik ngeluh kan.. haha... tp aku slalu sgt sebut perkataan penat smpi benda tuh dah sama mcm sebut lapar..haha.. korng rasa brapa kali korang sebut lapar? mungkin tak sebanyak aku.hehe..
hm.. hari ni aku ade class macam hari2 biasa.sekarang ni tengah posting kanak2 a.ka paediatric posting.
posting ni sgt bz sbb hari2 pun ader ward work.ko kena dok kat ward dari pg kul 8 sampai 5. ko nak buat ape un tak pe janji ko dudok kat ward tu n tau pasal patient tuh. tujuaan nya utk blajar k..msti la kan.. nama pun student kan..so smlm mcm biasa ade 'ward work' tu and ade 2 tutorial pagi.
after 5 kena g on call.. hehe.. ni on call tanpa gaji ..haha..
oncall sampai pukul 11 mlm.wargh.. mlm tuh kena siapkan 'case write up' ala2 karangan ttg patient ko..selalunya sampai 10 muka surat jugak la.
pastu esok pagi jumaat g "ward work" macam hari2 biasa... pastu g "ward Round"..pastu 3 ptg ader class yang di panggil CPC (clinical Pathological conference) sampai kul 4.30.. then pergi la hantar "case write up" yang semalam tuh.. n sambung dok kat ward.. haha..

maaf la.. ngarot pulak kat sini...
hm.. kesimpulan n rumusan entry ni ialah kalau korang muda lagi n masih ngah terpikir2 nak amek medic ke kan..korng tanya la diri sendiri dulu.. sanggup tak korban kan masa korang..sanggup tak kerja 24/7 mcm 7eleven? huhu.. org kata jadi doctor nih kaya n popular la kan.. tapi tak pun sebenarnya. lagipun dah sangat ramai doctor kat malaysia ni.^_^ 
actually paling penting korang kena jadi immune a.k.a kebal bila kena marah..
sbb hari2 akan berdepan ngan mcm2 org.. tak kisah la korng mmg salah ke tak ke.. korng mmg kena marah hampir setiap jari.. mula2 dulu aku slalu rasa nak nangis bila kena marah.. tp sekarang dah tak peduli.. ^_^

okeh.. nak rehat pulak..


eh..eh.. berita gembira is.. aku menang contest anjuran cik MIA..best nyer..
haha.. semak tak ?? semua benda aku bukak kat tab atas tuh..
nway.. tanx mia.. korang cuba teka aku yg mana.. ngee~ 

^_^
Related Posts with Thumbnails