Saturday, July 31, 2010

me+ weekend+ my beloved doctor wannabe fwens....& oasis Mid VALLEY

dah lama rasa nya tak spend time ngan kwn2.. haha.. semua bz ngan posting masing2.. 
walaupun bilik cm dekat sebelah2 je.. tp tak der masa nak lepak lama2. nak gossip2 hangat..
haha..
so, semlam pas xam CPC yang susah tuh..
kitorg pun kuar nak releasekan tension..
haha.. tension ke..?? 
g mid velley jek pun.. dekat sgt ngan UM tuh. tp kitorg jarang2 g MId Valley sbb tmpt dier slalu overcrowded
 
 
 
ini  picture kitorg makan kat food court oasis yang sebelah kedai gitar tu.. ^_^
makan ape ntah tapi kedai dia ramai ngan org..
kedai portugal sumthing2 la.. jual nasi n ikan2 yang di masak dlm aluminium foil ni.. cedap tau

ini lagi 2 org member.. cun2 kan mereka... jeles btoi.. haha...
macam model dah.. belum sign contract je lagi..^_^
owh.. ayu ni untung sbb bila dia beli perfume for her bf.. dia dapat make over free.. huu~ actually pic kat atas ni after make over.. hee.. dah salah susunan la.. tapi citer bab makan la best
ayu ngah dlm proses di make over.
 
 
kami tunggu di tepi sj sbb tak beli perfum.. haha.. ^_^ 
loser ke?? wuwu
oies.. ini lah hasil make over.. minah yang cun lagi2 bertambah cun.. hehe.. 
tada...
 ok.. sekian saja.. 
cun kan.. owh.. ayu pinjam hidung kamu yang sgt mancung.. hehe..
^_^
okies..
happy weekend semua.. 
aku sgt mencintai weekend.. cuma weekend ni lain skit sbb kekasih hati kauh pulak.. busy lak tu.. sedih btoi..
huu~ 
adios amigos..
 
 

Contest Foto Couple Paling Hot..

 

Photobucket
auw.. hot ke kami.. erk?!!
haha.. tak kisah la.. nak join jugak.. 
kami tak hot. kami cool.. n comels. haha.. pasan btoi. sila jgn sakit mata ye baca statement ni..
ok.. gambar yang di pertaruhkan..
|
|
|
|
|
V

tada.. cam kenal tak pic ni?? haha.. ^_^

ok.. nak join..?? sila cepat ke link ni..
http://nurulchumel.blogspot.com/2010/06/contest-foto-couple-paling-hot.html

my checklist
  1. Terbuka untuk semua bloggers yang menjadi pengunjung laman "nurulchumel.blogspot.com"
  2. Mesti menjadi followers blog ini..-(done)
  3. Sila lah buat entri tentang tajuk contest ni..sertakan sekali foto anda and kekasih ke, tunang ke, isteri ke, suami ke, or..skandal ke..hehe..whatever la..siblings pun boleh..asalkan dlm foto tu mesti la 2 org..dah nama pun couple..mestilah 2 org kan..(hehe..ok)
  4. Foto mestilah menarik..kalau rajin, edit2 lah sket gambar tuh..i ni kan pencinta keindahan..so, haruslah anda yang join contest ni mesti wat yang terbaik..oke?(baik la)
  5. Then, dah siap wat entri tuh, sila lah link kan entri anda tuh ke blog i ni.. *wajib*.. tolong letak link entri anda di bahagian comment yer..promosi kan link ni utk jadi referral yang tertinggi..(mesti)
  6. Promote banner kat atas tuh pada blog anda ye..lg banyak anda bodek, lebih besar peluang anda utk menang..hehe..(huhu.. baik boss)
  7. Hehe..setiap penyertaan hendaklah sertakan sekali no akaun Maybank atau CIMB ye..utk memudahkan urusan penyerahan hadiah..hehe..
  8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 July 2010..jam 12 tengah malam

Mahasiswa Universiti Malaya(UM) Maut


salam..

Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) maut jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.
Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan. Mahasiswa tersebut mati di tempat kejadian.
ajal maut di tangan Allah.. inalillah..

budak2 pasum macam baru sangat je masuk kat UM ni... 

to bloggers yang letak gambar jenazah ketika jatuh tu.. please la remove k.. untuk menghormati jenazah..
wasalam

Monday, July 19, 2010

Mari berbaju kurung macam 'Ana Raffali'


huhu.. skang ni dah trend balik dah baju kurung cotton.. 
sk tgk ana raffali ni pakai bju kurung.sopan jek.. ^_^
 
credit to: budiey.com
ha.. raya pun dah dekat...sape2 nak kurung cotton yg sgt reasonable price dia meh la

saje nk promote .. haha..itu jek..
bju kurung pink yg ini pun cotton mcm kat http://cantikitukamu.blogspot.com/ jugak..



Sunday, July 18, 2010

jadi slim mcm saya

huhu.. tajuk entry yg sgt menipu..
actually cm ne nk jd kurus nih.. runsing la.. skang selera mkn asyik ader jek.. isk2..
bila mahu kurus cm ni.. 


..
ok
..
itu sj.. sekian.. sj jek runsing..

Friday, July 16, 2010

OoooOh.. My God.. Penat nyer hari ini.. ^_^ tp sy gembira !!

 
org ckp tak baik ngeluh kan.. haha... tp aku slalu sgt sebut perkataan penat smpi benda tuh dah sama mcm sebut lapar..haha.. korng rasa brapa kali korang sebut lapar? mungkin tak sebanyak aku.hehe..
hm.. hari ni aku ade class macam hari2 biasa.sekarang ni tengah posting kanak2 a.ka paediatric posting.
posting ni sgt bz sbb hari2 pun ader ward work.ko kena dok kat ward dari pg kul 8 sampai 5. ko nak buat ape un tak pe janji ko dudok kat ward tu n tau pasal patient tuh. tujuaan nya utk blajar k..msti la kan.. nama pun student kan..so smlm mcm biasa ade 'ward work' tu and ade 2 tutorial pagi.
after 5 kena g on call.. hehe.. ni on call tanpa gaji ..haha..
oncall sampai pukul 11 mlm.wargh.. mlm tuh kena siapkan 'case write up' ala2 karangan ttg patient ko..selalunya sampai 10 muka surat jugak la.
pastu esok pagi jumaat g "ward work" macam hari2 biasa... pastu g "ward Round"..pastu 3 ptg ader class yang di panggil CPC (clinical Pathological conference) sampai kul 4.30.. then pergi la hantar "case write up" yang semalam tuh.. n sambung dok kat ward.. haha..

maaf la.. ngarot pulak kat sini...
hm.. kesimpulan n rumusan entry ni ialah kalau korang muda lagi n masih ngah terpikir2 nak amek medic ke kan..korng tanya la diri sendiri dulu.. sanggup tak korban kan masa korang..sanggup tak kerja 24/7 mcm 7eleven? huhu.. org kata jadi doctor nih kaya n popular la kan.. tapi tak pun sebenarnya. lagipun dah sangat ramai doctor kat malaysia ni.^_^ 
actually paling penting korang kena jadi immune a.k.a kebal bila kena marah..
sbb hari2 akan berdepan ngan mcm2 org.. tak kisah la korng mmg salah ke tak ke.. korng mmg kena marah hampir setiap jari.. mula2 dulu aku slalu rasa nak nangis bila kena marah.. tp sekarang dah tak peduli.. ^_^

okeh.. nak rehat pulak..


eh..eh.. berita gembira is.. aku menang contest anjuran cik MIA..best nyer..
haha.. semak tak ?? semua benda aku bukak kat tab atas tuh..
nway.. tanx mia.. korang cuba teka aku yg mana.. ngee~ 

^_^

Wednesday, July 14, 2010

PHOTOGENIC Contest!!

 
 pic ni saya suka sbb masa ni jumpa kwn2 n senyum tak nampak gg depan yg kurang cumel..haha..
sy suka jugak jug nih (pelik sungguh).. sbb unik n nmpk tak ader bunga crystal kat jug tu..cantikkan.. ^_^
kat belakang tuh nampak daun-daun sbb masa snap picture ni kat 'The Garden Cafe'.. 
saya nak tag
1. Fariez
2. Shida
3.Shau a.k.a pikocomot.. ^_^



checklist!!
1.terbuka kepada semua peringkat umur.ok
2.gambar anda hendaklah gambar anda seorang ! jika anda bersama-sama yang lain saye REJECT,baik
3.gambar anda mestilah sePHOTOGENIC yg mugkin, sy cuba.. hehe
4.hanya sekeping gmabar sahaja d benarkn maaf jika boyfiee anda mahu join,tunggu next contest yeah ..(ok incik boyfriend..kamu tak di jemput.. hehe) 
5.mestilah menjadi follower saya 'mia farrow's' (sudah mia) 
6.sediakn entry khas untuk contest ini dan tag minimum 3org . ok..kwn2
7.sila letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda :)anda boleh pilih yang mana sat.. dah pilih dah.. ^_^
8. tarikh tutup contest ini ialah 15 JULAI 2010

Monday, July 12, 2010

Menara Tinjau a.k.a Look Out Point Ampang & My first impression


wow.. panjang tak tajuk post aku kali ni.. such a long title for a post huh??
well.. the 1st time i heard about this place is from my friends..kwn2aku mmg suka jejalan ke mana2 jua.. so sbb tu tahu temapat2 gini..
 from the picture they took there.. 
i was amaze sbb nampak sangat cantik menarik mmg da' bom la tempat ni dari picture yang diorg tangkap guna 'DSLR'..erk.. dah lama actually teringin sgt pergi tempat ni..
so.. semalam pun bermula la al kisah aku, kawan2 ku n Look Out Point Ampang tuh..

dari direction yang kawan aku bagi, boleh tahan susah jugak nak cari tempat dia.
near carefore ampang.. bila dah lalu depan carefore ampang tu, kena masuk satu simpang ke kiri before next traffic light. simpang ni dekat dengan kedai jual kereta @ besi2 kereta..pastu, straight jek & akan jumpa byk rumah2 kat situ. then perjalanan jadi mencabar sikit sbb susah nak xplain jalan untuk sampai kat tmpt bukit ni..so pandai2 la ye.. nway, lalu ikot AKLEH pun boleh.tapi belum xplore lagi direction kalau ikot AKLEH.
Fortunately, hari tuh rajin pulak nak g survey tempat tu dulu before malam sbb time malam je kedai2 makan kat look out point ni bukak..

Jalan nak naik atas bukit tu agak scary sbb berpusing2. So, ptg tu saja2 naik jugak kat menara tinjau nih.Saja nak survey harga and nk tgk restaurant ape yang ada kat sini. Tempat dia  agak cantik n tinggi jugak. Ada mcm2 restaurant kat sana. GasOline pun ada kat situ..mcm2 la ada. aku rasa sgt 'teruja'.. haha.Dalam banyak-banyak restaurant kat situ, aku terpesona ngan restaurant paling tinggi kat situ. Walaupun dalam hati nih rasa macam restaurant tu mesti mahal gila sbb dia paling tinggi. Siap ada xtra tangga lagi. Tapi mcm mana pun aku naik jugak kat atas tu sbb nak tengok2 walau kedai tu tak start bukak pun lagi utk hari tu. Org kata 'Dont Judge a book by its cover' kan. Reastaurant yang paling tinggi tu actually lagi murah harga makanan dia compare ngan restaurant kat bawah tadi. Kat dalam restaurant tu ader  lagi 2 tingkat.Kalau nak naik tingkat atas boleh, tapi harga makanan dia lebih mahal 2x ganda kot. Actually, tingkat bawah sekali restaurant tu pun not bad la. Pekerja restaurant tu cakap boleh reserved tempat dudok sbb takut ramai org dtg. Aku pun reserved la meja number 6 yang dekat ngan pemandangan KL n kena bayar deposit RM10. 

gelap nyer.. tapi nih la tingkat2 restaurant tu.STAR.. ^_^

Bila malam pulak menjelma, aku n kwn2 selamat la smpai ke restaurant itu..meh aku kenal kan restaurant itu. nama dia 'Panorama Restaurant'. walau gambar atas ni sgt la shacking nyer tp nak letak gak sbb ader nama restaurant ni. OK.. aku n lagi 3 kwn aku dtg on time, tepat kul 9 mlm. Lepas tunjuk resit deposit, kami pun dudok la kat meja 6 yang dah di reserved. Kami dudok, order makanan mcm biasa n tngkp gambar sementara order sampai. Tapi nasib tak menyebelahi kami.. hujan mula turun..wha... pastu kitorg buat tak tahu je sbb ingat nnt diorg nak ltk payung besar mcm biasa kat gerai2 tu. Tapi tak punnn... kitorg kena pindah ke dalam n dudok sebelah tangga. insan2 lain yang ader kat situ pun sama jugak. Kat situ tak der bumbung and tak der additional payung pun.. owh.. how can..tak pe2. kitorg cool lagi sbb excited ngan kecantikan panorama nyer ..haha..
 meja no.6


5minit berlalu, drinks kitorg pun sampai. wha.. aku order air teh mangga ais. Tapi bila minum rasa teh tawar air. so aku pun mintak la dia letakkan gula sbb tak mo la minum air tawar& pahit sbb teh mmg pahit kan. aku ckp la.."boleh tambah gula tak?' ,mamat tu pun angguk2 and amik gelas aku. then dia dtg n gelas aku tiba2 penuh mcm tak minum lagi. Cis. rupa2 nya dia tak paham aku ckp ape.. tak tambah pun gula. tmbah air.. barula kitorg perasan, pekerja dia tak paham bahasa melayu pun. tapi angguk2 wat pe. last2 kawan aku pun tak makan sbb salah order and dia tak tahu pun apa kwn aku sebut padahal order nasi kerabu jek.order dari menu plak tu. Nasib baik 'juice' dia yang kwn aku order sedap. Mee kungfu aku pun dah mcm mee sup. ape2 aje la.. so, kitorg pun mintak la bil sbb nak balik dah. .nasi kerabu yang dah cancel pun diorg tak cancel kan dari bil yang dia hantar kat meja. terpaksa betolkan balik. and yang paling tak boleh terima.. duit deposit aku tadi..RM10.. dia tak tolak pun or tak bagi balik pun deposit aku!!.n aku mmg terlupa nak mintak..sepatut nya dia tahu la kan... isk la.. dah balik rumah baru teringat.. wha..


so.. itu la cerita kitorg kat restaurant panorama..betol la .. dont judge a book by its cover. tempat dia sgt cantik. Harga reasonable sgt. tp tak service tak mantap. makanan pun aku categorykan sebagai tak best. 2 out of 5 buat masa ni... jadi next time kalau korg pergi mungkin dah improve kan. mana la tau kan.. so, kalau dah sedap kat situ, korng bgtau ye.. haha.. jgn lupa duit deposit!! ha.. parking.. kalau parking kat atas RM5.. kalau park kat bawah RM2..so kalau nak jimat parking la kat bawah n naik la tangga yang byk ala2 batu caves untuk sampai ke atas.huhu
pintu gerbang panorama restaurant yang cantik.. awesome!
jalan naik ke 'Panorama Restaurant'

so..its time to say bye-bye.. ^_^

ini haven restaurant. kwn ckp ok gak. harga up skit compare ngan panorama restaurant..

p/s: update: so aku try msg restaurant panorama ni.. dia ckp aku boleh dpt deposit aku balik next time.. haha.. ^_^ 
thanks.. nway.. aku harap restaurant panorama akan jadi lebih baik !! good luck.. ^_^







Sunday, July 4, 2010

ReUnion MRSM Taiping 2003/2004 & Kenduri Again.. yeay


Last week kenduri two of our fwens.. 
Both bride n bride groom ni was our schoolmate..
best pulak jumpa ramai2 member masa kenduri diorg kat shah alam..

nani.. thanks 4 da card.. sampai dengan selamat di rumah ku di penang ini.. ^_^




da besar2 dah semua pun.. ehehe..



aku masih ngan pink putih n beg gabak pink yg mcm pelampung tuh..
tp sgt sk sbb sgt lembut!! ^_^

ohoho.. sepet nyer saya.. macam ngah senyum sambil tido.haha.
itu la pasangan pengantin nya..
selamat pengantin baru nani & cai.korang sangat sweet. moga bahagia ke anak cucu eyh.
hee..ucapan dr nadic utk kamu berdua.(sibok jek..lalala)


ini konon2 freestyle..candid tp tak sgt la.kesian pengantin kena dok bawah.haha. kejam kan kawan2 skola 
korng ni..

^_^



Related Posts with Thumbnails